Friday, 9 June 2017

Day 15

bismillah


Malam Ramadhan ke 15. Tadabbur juz 15

Surah al israa: 23


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Allah dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu dan bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya telah berumur lanjut maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Bicara tentang seorang ibu, takkan mampu kita balas jasa mereka.

Hanya mampu doa moga Allah beri kekuatan dan ditempatkan di syurga firdaus kelak 💕

Moga kita terus dapat membuatkan mereka tersenyum bangga menjadi ibu kepada kita.

Moga kita tidak membuatkan air matanya menitis mengenangkan jerih perih mengandung melahirkan membesarkan melayan karenah kita, tanpa sedar, kita terguriskan hatinya.

Moga kita tidak pernah lupa mendoakan mereka dalam kesibukan hari2 kita.

Bagiku, segala kejayaan, kebahagian yang diperolehi selama ini, 80% datang kerana doa ibuku. 20% adalah kerana usahaku. Ya, dan pastinya kerana izin Allah. Tahulah kalau rasa tak sedap hati, hati berkecamuk, fikiran bercelaru, salah satu sebabnya, bila lama tak video call dengan mak.

Masih terngiang perbualan pada hari ulangtahun ku, tahun lepas. Kali pertama ulang tahun yang tak dapat birthday wishes secara live (haha sad life sangat). Aku mesej ibuku, meminta maaf sepanjang 20 tahun membesarkan aku yang nakal.  Uhuhuk. Lalu ibuku membalas:

"Hana adalah anugerah terbesar yang ada dalam hidup mak"

:''''')))))


9 bulan mengandungkan kita di dalam perut. Membawa ke mana-mana, pergerakan tidak sebebas biasa. Pernah bertanya? kesusahan yang dihadapi saat mengandungkan kita? Susah2 mengandung, tapi takpe, berharap InsyaAllah anak ini yang akan menjadi anak soleh/ah membantu ku semasa di dunia, menjadi saham ku di akhirat kelak.

Saat melahirkan kita, ibarat separuh mati menahan sakit. Ada yang normal, ada yang scissor. Ada yang keduanya. Pernah bertanya? bagaimana keadaannya ketika kita dilahirkan? Jerih perih berpeluh, menjerit malah tidak mengurangkan sakit. Hanya menahan dengan air mata. Gugur dosa-dosa mereka. Dan akhirnya mendengar tangisan kita. Alhamdulilllah lahir anak soleh/ah.

Berpantang, tidak dapat tidur malam dengan cukup kerana tangisan kita yang menangis tak kenal siang malam. Membasuh berak, membasuh muntah. Mengendong biar sampai tangan lenguh. Takpe, segalanya akan terbalas bila mereka besar, mereka pula pelihara kita. Fikir mereka.

Besar sedikit, banyak karenah, banyak songeh. Rumah kemas. Kita sepahkan. Kemudian kemas. Kemudian sepah semula. Umur yang masih tidak tahu menolong buat kerja rumah. Hanya tahu main dan meminta. Sabar melayan kita. Mengajar kita. Mendidik kita. Memberi yang terbaik untuk kita. Memastikan kita cukup khasiat, cukup sihat, cukup kasih sayang, cukup pendidikan. Cukup.

Besar sedikit lagi, fikir pula tentang sekolah. Sekolah yang terbaik. Wang perbelanjaan, pakaian sekolah, buku2, bangun awal pagi buat sarapan. Bersengkang mata membacakan buku, bertanyakan soalan pada malam2 peperiksaan seolah mereka yang mengambil ujian.

Saat yang mencabar bila anak meningkat remaja. Sudah ada impian sendiri, ada pegangan sendiri, ada kefahaman tentang hidup, sudah nampak mada depan, sudah dikelilingi suasana lain.

Apa yang mereka harapkan, moga lelah penat mereka, membesarkan kita. Ada hasilnya. Kejayaan material itu penting. Berpendidikan tinggi, kerja yang bagus, menjadi seorang yang hebat. Jauh lebih penting, bagaimana tingkah laku, sikap dan akhlak kita. Terhadap mereka.

Sayang, kadang tak perlu melalui kata2.
Cukup dengan perbuatan.

Agar tidak mereka pernah terkecewa walau sedikit, terhadap kita.
Agar tiada jatuh air mata atau hanya bergelinangan sedih, kerana kita.
Agar tiap kali bersama kita terasa sejuk perut mengandung bersalinkan kita.


:)


امك x3
ثم من؟
ابوك

0 comment: