Monday, 1 May 2017

struggle

Bismillah

belanja satu gambar carpet tulip terbesar di dunia terletak di Istanbul!

Dalam perjalanan merentasi laut marmara dari Istanbul ke Yalova menaiki feri, termenung aku berfikir hendak mengisi masa terluang ini dengan apa. Aku menaiki feri ini sebulan sekali dan kebiasaannya aku akan membaca buku untuk mengisi 1 jam suku perjalanan tersebut tapi kebetulan hari itu buku aku tertinggal. Tambahan pula akan sampai satu jarak di tengah lautan dan phone akan terputus line. Maka aku pilih untuk scroll mesej2 di Telegram yang dah masuk tapi aku jarang sekali buka.

Channel – 1 hari 1 hadis

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ
Dari Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim

2. Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki (mengislahkan) masyarakat.

3. Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam, melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan.

4. Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika mengauli mereka dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

5. Bersabar menghadapi pelbagai karenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah

6. Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di tengah-tengah kejahatan tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan.


__________________________________________________________________


Kadang, Allah uji kita dengan perkara yang kita rasa kita boleh handle tanpa perlu bantuan sesiapa.
Allah uji kita, supaya kita sedar, kita hamba, kita lemah. Kita perlukan Dia. 

Sebab dulu aku rasa, aku orang yang sangat penyabar (narcissisticnya haha). Sampai orang lain pun macam “Hana, awak pernah marah tak?” “cuba marah sikit” haha.

Tapi, Allah uji tahap kesabaran aku. Yang konon aku fikir, aku boleh handle. Tapi Allah uji lagi sampai satu tahap aku rasa, “aku tak tahan.”

“aku tak nak engage dengan manusia supaya aku tak perlu layan ragam mereka.”

Kalau boleh nak dikelilingi orang melayu je, orang yang berfikiran sama, orang yang dibesarkan dengan biah yang sama. Nak masuk dalam comfort zone aku semula.

Tapi, orang kata kalau seseorang yang struggle dalam tajwidnya ketika baca quran, ganjaran dia lebih lagi.

Jadi kalau aku takde rasa “struggle” dalam menahan marah, sebab benda tu gampang bagi aku,maka ganjaran dia beshe beshe je.

Jadi aku harap, bila aku struggle menahan tahap kesabaran aku ini, Allah ganjari aku dengan lebih tinggi. Hm ameen.

Lain orang, lain struggle dia. Aku harap, apapun struggle yang kalian hadapi, moga terus kuat. Moga terus yakin yang Allah akan ganjari. Senyum :)


0 comment: