Wednesday, 31 May 2017

Day 5


Bismillah



Bertemu kembali dengan Ramadhan, ku rasa kan bahagia menyelubungi, ya Allah daku bersyukur dipertemukan dengan Ramadhan yang mulia.

Apa khabar ramadhan kita?
Dah letak target untuk dicapai?
Dah letak goal apa yang ingin kita ubah?
Atau kita masih mahu berada di takuk yang sama?
Moga hati kita tidak gelap dan keras dek dosa noda yang kita lakukan selama ni.

Oh ye, sempena hari Ramadhan ke-5, nak lah share sikit tadabbur dari juz 5. Surah An-Nisa ayat 43.
Kalau rajin nak buka quran sila, tapi tahu tak rajin. Hehe. Meh baca ni kejap.

"يا أيها الذين آمنوا لا تقربوا الصلاة وانتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون... "
Maksud potongan ayat ni,
" Wahai orang2 yang beriman, jangan kamu mendekati solat ketika dalam keadaan mabuk, sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan..."

Kita biasa akan relate ayat ni dengan orang yang minum arak, sebab biasanya diorang la yang mabuk. Kan?

Tapi, cuba kita relate dengan diri kita, bila mana, kita "berkhayal" atau berada dalam 'unconscious state of mind' atau kita nak solat, tapi fikiran tengah serabut, hati tak tenang then solat kita mesti akan jadi tak fokus atau nak cepat je habis, kan? Padahal kita takdela tengah rushing pun. Mulut terkumat kamit tapi tak sedar baca apa huhu.

Kita baca, tapi tak faham.
Kita solat, tapi tak tenang.
Kita doa, tapi tak khusyuk.
Then kita mengeluh kenapa hidup kita serba tak kena?

Maka, jom cuba.
Cuba untuk solat dengan tenang.
Walau serabut mana pun fikiran kita dengan apa2 masalah. Lupakan jap. Istighfar. Hayati solat kita, pergerakan kita, bacaan kita.
Solat.
Perbuatan yang menghubungkan kita dengan Allah. Kita berbicara denganNya. Mana mungkin kita buat sambil lewa. Kalau solat kita susah nak ingat Allah, luar solat apatah lagi.
Kalau solat kita kualiti rendah, hidup kita apatah lagi.

Moga Allah ampuni kelalaian hati selama ini :(
Moga Allah terima ibadah selama ini.

Jadi, sempena bulan ramadhan, tiada syaitan yang nak membisik dan menggangu kita solat. Ayuhla kita cuba fokus dalam solat dan solat dengan tenang :) moga hidup kita tenang saja :)

Salam! :D

2 comment:

ibnmahmood said...

Nice one

Suka dgn cara admin mentadabbur ayat berkenaan.

Boleh saya share entri ni (copy paste)?

Hana Nabilah said...

Sila