Monday, 17 April 2017

Namaz



Bismillah

Some of my old classmates :) 

Setahun yang lalu...

Seperti biasa, 10 minit sebelum tamat waktu kelas, pelajar semua dah kemas beg dan buku untuk pulang. 
Bagi mengelakkan hoca meneruskan kelas, maka selalunya diorang akan bertanya soalan kepada hoca di luar topik pembelajaran.

Ada seorang classmate ni memang suka membangkitkan persoalan. Let's say nama dia Merve.

Merve : hoca, boleh saya bangkitkan persoalan?
Hoca  : silakan
Merve : tadi waktu tengah ngajar, hoca ada kata, hoca tak solat. Hoca tak takut neraka ke? 

(Serius berani classmate sorang ni tanya direct kat hoca camtu)

Hoca: Ye, saya mungkin tak solat, tapi saya tak buat benda jahat lain. Saya tak mencuri, tak menipu, tak membunuh orang. Benda2 dosa macam tu semua saya tak buat. Cuma, saya tak solat je.

Merve  : tapi hoca, hoca tahu kan solat semua?
Hoca   : saya tahu, malah mak ayah saya pun solat
Merve  : alhamdulillah lah kalau gitu. Tapi kenapa hoca tak solat?
Hoca   : saya dah lihat ramai manusia. Dan saya perhati ramai orang yang suka menipu, perangai takdelah baik sangat, tapi pergi solat. Diorang solat, tapi akhlak buruk, tak guna jugak. Kalau saya, saya tak menipu semua.

Merve: tapi hoca, janganlah tengok contoh diorang tu. Ramai lagi contoh muslim lain yang solat tapi akhlaknya baik. Contohnya hoca boleh tengok saya.

(K. Haha)

Hoca: saya tak perlu tengok awak pun, mak ayah saya dah tunjuk contoh yang baik sebenarnya

Merve: maafkan saya hoca, saya gurau je tadi.

Hoca: oklah. Mungkin ada orang yang solat, dan ada orang yang tak, macam saya. Itu pilihan sendiri lah. Dan saya pilih untuk hidup macam ni.

(Makin hangat perbincangan ni. Tiba2 ada classmate lain pulak mencelah. Kita bagi nama dia Aziz dan Ali.

Aziz: tapi hoca, kalau hoca tahu, perkara pertama yang ditanya di akhirat adalah solat. Walau sebanyak mana pun kebaikan yang dibuat, walau kita tak menipu pun, tapi kalau solat tak settle, sia-sia hoca..

Hoca: ye saya tahu tu, saya pernah dengar pun sebelum ni, tapi, ntah. Saya memilih untuk menjadi hidup macam ni.

I cannot brain. Apa yang aku faham seolah2 hoca tahu tentang syurga neraka dan kepentingan solat, dan hoca memilih untuk tidak solat (?). Ya, siapalah kita untuk menghukum manusia. Tapi jujur aku terkejut mendegar kata2 hoca tersebut.

(Tiba2 aku terlihat salah seorang classmate ku teresak-esak. Ye, aku faham perasaan dia. Seolah solat dan azab neraka itu adalah perkara yang diambil remeh. Andai saja mereka cuba memikirkan betapa pedihnya azab akhirat, pasti mereka memilih untuk solat)

Dan dalam situasi yang agak tegang tu, 

Merve: Ali, kenapa diam je? kau kan ambil islamic studies peringkat Master. Cuba bagi pendapat.

Ali: ye, betul apa yang mereka kata tu hoca, solat perkara yang pertama sekali ditanya.

Hoca: eh, kenapa awak nangis? 
(Hoca perasan classmate sorang tu nangis, apabila ternampak rakan sebelah dia cuba untuk tenangkan dia)

budak nangis: sebab....(suara nangis. Haha)

*tiba2 classmate lain semua cam bising, eh ada orang nangis pulak.

Hoca: shhhh. Dengar ni dia nak cakap apa..

budak nangis: sebab... Saya sayang hoca...saya nak masuk syurga sama2... Tapi..solat adalah perkara yang penting sekali...(sambung nangis)..

Hoca: *speechless*
Hoca: ayyyyyy
Hoca: insyaAllah 

Dan masa kelas pun tamat.

Lepas keluar kelas, aku pergi tengok budak nangis tu.
"Ay, merah betul muka" kataku di depan cermin.

_______________________________________________________


Andai kita cuba bayangkan, betapa siksa dan pedihnya siksaan api neraka, kita pasti tak memilih untuk tidak solat. Siksaan api neraka, kemurkaan Allah, seperti yang digambarkan dalam alquran, kalau kita baca dan bayangkan, boleh buat kita takut untuk dicampakkan ke dalamnya, apa ntah lagi realiti yang seribu kali ganda dasyat tak terbayang dek akal manusia. 

Aku menangis. Masih ada manusia yang tahu, dan memilih untuk tidak peduli tentang akhirat, tentang syurga neraka. Seolah "aku memilih untuk ke neraka, maka biarlah aku membuat dosa". Tak tahan aku menahan sebak. Tidak ingin aku melihat orang yang aku kenal, dimasukkan ke neraka. Tak sanggup. 

Bukan ingin menghukum. Bukan tugas aku. Tiada yang lebih aku harapkan moga orang2 di sekeliling aku, Allah pelihara dan buka pintu hati mereka. Kerana Dia yang memegang hati manusia, yang membolak-balikkan. 

Walau aku tahu, aku bukanlah sempurna akhlaknya, bukanlah sempurna solatnya. Kadang ada juga rasa liat untuk solat. Aku manusia. Kadang malah kerap kali tak khusyuk dalam solat.

Aku tak tahu, solatku adakah Allah akan terima atau tidak. Banyak compang campingnya. Aku tahu ibadahku taklah sempurna. Tapi aku mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah untuk memasukkan aku ke syurga. Walaupun tak layak. Melihat amalku, berbanding insan disekelilingku, berbanding manusia2 soleh, berbanding para sahabat, serius tak layak. 
Tapi tak sanggup aku. Tak sanggup untuk dicampak ke neraka. Tak sanggup untuk menerima azab walau sedikit. Aku takut.


*** 

Sejujurnya dulu waktu kecik, mentah, tak matang, aku pernah terfikir dengan kata2
"Kita tanak masuk syurga sorang2, kita nak semua orang masuk syurga"
Aku fikir, biarlah masuk sorang2, lagi luas.

Betapa selfish dan egois nya aku dulu.
Moga Allah ampuni T.T

Dan semakin besar, aku sedar. Kita tanak orang yang kita sayang di dunia ini, yang bersama2 dengan kita di dunia ini, yang bersillaturrahim dengan kita di dunia ini, dicampak ke neraka. Disiksa dengan azabNya. 

Kita nak orang yang kita sayang di dunia ini, bersama sama menikmati kebahagian juga di akhirat sana. Di dalam syurga.

Dan syurga itu takkan terasa sempit pun kalau ramai2 masuk. Takkan terkurang pun nikmatnya.

Kita tanak pertemuan kita yang indah ini hanya di dunia. Kita ingin bertemu semua di syurga. 

Indah bukan?


***

Cuma adakah salah kalau aku rasa agak susah untuk menasihati (tak kisahlah tentang perkara apa2 hatta benda kecil seperti buang sampah) disebabkan race barrier(?). The fact that we are all muslims but being a foreigner somehow makes me feel less responsibility? 

1 comment:

Anonymous said...

Allahu, takutnya rasa. Semoga kita semua diberikan kekuatan dlm menunaikan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Btw, Namaz tu apa?