Friday, 6 January 2017

Tahukah anda?


bismillah.


Serba sedikit ingin berkongsi tentang negara Turki yang mungkin jarang diketahui atau sesetengahnya dah diketahui. Pertamanya, Turki juga adalah seperti Malaysia, kaya dengan kulturnya dan sedang  membangun. Menariknya, Turki dah selesai bayar hutang pada bank dunia. 

Transportasi di Turki sangat maju. Terdapat tram yang dibina bawah laut bosphorus yang menghubungkan eropah dan asia. Yang terkini, baru dilancarkan bulan lepas, binaan terowong bawah laut untuk kenderaan biasa.

Rumah masyarakat turki sangat bersih. Masyarakat turki memang majoritinya sangat pembersih. tak nampak sehabuk. 

bahasa turki berasal dari bahasa arab, uthmaniyyah dan parsi.
macam tulisan jawi gitu



makanan wajib ada kat rumah adalah roti ni.
ibarat nasi bagi orang melayu. 
cumanya tak macam gardenia yang enak dimakan begitu saja

teh'o adalah minuman asas orang turki
sehari tanpa teh tu tak sempurna
memang betullah, kalau luka tu keluar teh, bukan darah.

menu sarapan masyarakat turki adalah sama setiap hari.
SETIAP HARI.
keju, telur, jem, zaitun, timun, tomato, roti..
 *kuseruroticanaidannasilemak*

setiap bas ekspres ada steward, tv kat setiap seat, serta disediakan minum dan makanan ringan. headphone juga disediakan.
Juga, transportasi di Turki sangat menepati masa. jangan lambat seminit.

tugu ataturk terdapat di setiap negeri,
patung kepala ataturk terdapat di setiap bangunan kerajaan,
potret ataturk terdapat di setiap kelas.

masih ramai masyarakat mereka yang menyanjungnya
sehinggakan ada yang buat tatoo tandatangan ataturk

anjing di turki sangat baik dan sopan walaupun sebesar serigala

kucing tak yah cakap. gemuk2

azan di turki berbeza intonasinya di setiap 5 waktu dan ada maknanya tersendiri.

90% dari masyarakat turki adalah islam
dan mereka majoriti mengamalkan mazhab hanafi

sekian buat kali ini.



0 comment: