Saturday, 31 December 2016

nikmat

Bismillah



Haritu pergi rumah sahabat Uygur yang juga belajar di university yang sama. Ada jugak kawan yang dari Jordan, Thailand, Arnavutluk  dan Turki sendiri. Sahabat uygur ni, tinggal dengan mak dia. Jadinya mak dia masakkan makanan uygur. MasyaAllah hilang rindu kat makanan Malaysia.

Mak sahabat uygur tu dia cerita. Sangat lah sedikit sekali muslim yang ada kat negara diorang. Malah nak amalkan islam pun kena senyap2 takleh terang-terangan kalau tidak tindakan akan diambil. Contohnya, setiap kali dengar ketukan di pintu, diorang akan cepat2 sorok quran, sejadah semua sebab takut2 polis yang datang buat spot-check. Perempuan kalau nak pakai tudung at least terpaksa nampakkan leher maksudnya diorang hanya tutup rambut je kalau tidak tindakan keras dikenakan. Tak boleh pakai kain labuh, atau akan dipotong. And solat for sure lah tak boleh buat secara terangan. Tapi dalam keadaan susahnya untuk mengamalkan islam tu, hebat nya, sahabat ku itu menjadi hafizah dalam masa setahun waktu umur dia 9 tahun. And waktu umur 9 tahun tu jugak, dia jadi imam untuk solat terawih 20 rakaat (tanpa lihat quran!) tapi di sebelahnya akan ada seorang yang akan duduk pegang quran untuk check bacaan, kalau salah dibetulkan. System tahfiz diorang kalau yang betul2 masyi tu bila dah jadi imam terawih dan ada video direkodkan. Tu kira macam exam diorang dan kira mumtaz punya hafiz/ah lah.  Pastu diorang tunjuk kat kiteorang video tu. Memang ya Allah cuba bayangkan budak 9 tahun jadi imam terawih kepada makcik2 tua plus dalam keadaan islam yang susah nak diamalkan. Menangis diorang time solat tu.
Kita 8-9 tahun masih hingusan baru festaim khatam baca quran itu pun macam dah bahagia tak terkata dah dapat khatam. Haih. Padahal dalam suasana kelengkapan yang serba kondusif nak belajar dan amalkan islam.
Bila makcik tu datang turki, dia menangis. Pergi masjid nak solat, masjid kosong. Berapa ketul je jemaah. Kat Negara dia punyalah susah nak boleh solat kat masjid. Nak jumpa masjid pun susah. Tapi kat turki islam bebas diamalkan, masjid merata2. Tapi orang ambik sambil lewa je.

Pastu sahabat Arnavutluk pulak cerita.
Kat Negara dia, ramai muslim. Tapi muslim atas dasar nama je. Beza dari Malaysia. Kalau macam kat Malaysia memang kita belajar dan tahu islam dari kecik cuma tinggal nak amalkan ke tak je. Tapi kat sana diorang memang tak tahu. Dia macam ni. Ok kau Muhammad ke Isa. Kalau pilih Muhammad ok kau islam. kalau pilih isa kau kristian. Kalau musa, kau yahudi. Ok dah selesai dah agama kau. Gitu.
Tapi bila ditanya, siapa Muhammad? Tak tahu. Syahadah tu apa? Tak tahu. Solat? Puasa? Aurat? Mende tu??
Sahabat saya tu kata dia datang dari keluarga yang memang tak amalkan islam. Malah tak tahu. Tapi Alhamdulillah dia apply ke turki course pengajian islam. Tapi dia tak tahu langsung pasal islam. So 2 bulan sebelum datang, dia belajar dengan cikgu khas agama sebab dia fikir takkanlah nak belajar pengajian islam tapi takde basic agama langsung kan. Jadi dia belajar tentang islam and baru cuba nak pakai tudung dan baju labuh. Mulanya keluarga dia tak terima dia nak pakai tudung, baju labuh takpe tapi tudung jangan. Bear in mind, keluarga dia adalah muslim ye. Tapi dia kata, dia tekad nak jugak pakai tudung and Alhamdulillah keluarga dia dapat terima akhirnya. Tak seperti sesetengah keluarga lain yang tanak mengaku anak kalau pakai tudung. Katanya. Padahal muslim.
And sebelum datang turki, dia belajar islam dari cikgu khas, dari video kat internet dan dari buku2.

Hebat kan diorang?
Kita ya Allah ilmu semua dalam kepala. Belajar islam dari tadika sampai besar.
Tapi hmm tulah..
Betul lah orang kata, kesenangan adalah satu ujian
Sebabkan diorang merasa betapa susahnya nak belajar dan amalkan islam tu, maka diorang sangat berpegang dengan teguh bila dapat.
Kita ni dah leka dengan kesenangan kemudahan rasa macam dah cukup ‘islam’.
Terfikir betapa banyaknya ganjaran diorang dapat sebab mujahadah diorang lebih tinggi untuk belajar islam tu sendiri.

Malah lebih sedih bila terfikir, yang masuk syurga hanyalah sedikit golongannya. Kebanyakan kuotanya dah dipenuhi oleh sahabat Syria Palestine kita. Malah juga oleh sahabat seislam kita yang mujahadahnya terhadap islam lebih tinggi dari kita.
Ada lagi tak ruang untuk kita?
Kita target nak syurga firdaus
Saham apa je kita ada?
Amal ke laut
Betul lah orang kata, kesenangan adalah satu ujian

Perbezaan mazhab
Lepas makan round first [haah banyak round kitaorang makan ahah] berhenti solat jap. Mula ingat nak solat jemaah tapi orang turki ni perempuan tak boleh jadi imam. Ok lah solat sendiri.
And baru tahu, diorang kalau solat rawatib tu adalah wajib. Patutlah diorang memang tak tinggal. Kalau solat sunat diorang tu macam qiam, dhuha. And diorang punya solat qabliah 4 rakaat pastu ba’diah 2 rakaat atau kadang nak buat 4 rakaat pun boleh. Pastu terawih samaada 2 @ 4 @ 6 malah 10 rakaat satu salam. Tapi di mescid biasanya 2 rakaat 1 salam.
Nak cakap pasal perbezaan mazhab memang banyaklah.
Yang menariknya, diorang tak makan udang, ketam, sotong. Sebab rupa dia pelik [?] haha. Kebanyakan seafood memang diorang tak makan. Ikan boleh tapi tak banyak and mahal.


Diorang tak rasa lagi ikan keli....
haaa k k

4 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum kak Hana', nk tanya kak Hana' kalau berbual dengan orang yang berlainan bangsa kak Hana' pakai bahasa Turki ke bahasa Arab ke bahasa Inggeris?.

Lagi satu, susah tak belajar dekat Turki? (Silibus pelajaran)

hana nabilah Norkhair said...

Waalaikumsalam.
brgantung juga, kalau dengan orang turki dan lain2, bhs turki. kalau orang arab, bhs arab. if their english is good i would prefer eng though. malangnya susah nak jumpa.

dari sudut silibus, tak susah kot. yang susahnya belajar dalam bahasa turki.

Anonymous said...

Waaa mantapnya kak Hana'.
Bnyk bahasa boleh.
Idola nih!

Nk jadi macam kak Hana' lah
Doakan saya dapat jadi hebat macam kak Hana'.

hana nabilah Norkhair said...

moga jadi lebih hebat