Saturday, 3 December 2016

Hidup tu susah.

Bismillah.

Hayat zor.

Hidup tu susah.

Kan?

Bukan kehidupan lah maknanya kalau tiada jatuh bangunnya,
Bukan kehidupan lah maknanya kalau segalanya mudah,
Bukan kehidupan lah kalau tiada ujian,
Bukan kehidupan lah kalau segala yang kita nak, kita dapat,
No life.
Hidup ni kena ada susah sikit, ujian sikit, sedih sikit, jatuh sikit. Barulah menarik. Tak hambar.
Macam mesin hayat, ada turun naik nya, kalau mendatar je, mati maksudnya.
Begitu juga hidup, kalau senang je segalanya, mati. Hati tu yang mati. Sebab lalai.

Sebab manusia ni bila diuji, baru ingat pada illahi. Fitrah manusiawi. Memang begini.

Kita minta syurga, tapi bila diuji sikit, kita mengeluh dan putus asa. Rasa hidup ni tak adil.
Eh, ingat senang-senang nak masuk syurga?
Syurga tu mahal, so kena lah ada ujian, siapa yang betul2 layak masuk, tingkat yang mana.
ليبلوكم ايكم احسن عملا

Tipu lah kalau dalam hidup tiada ujian, stress,  masalah, rasa down, sedih, give up, menyesal, kecewa, tak adil dan macam-macam lah.

Tapi, kadang
Hidup ni memang tak adil, kan?
kita baca satu je huruf dalam quran, tapi Allah ganjari dengan 10 pahala
kita tak pernah pun jumpa Rasulullah, tapi Rasulullah rindu nak jumpa umatnya
kita minta Allah nikmat itu ini, tapi Allah beri lebih dari tak terkira
kita sampaikan ilmu hanya sedikit, tapi ganjarannya sampai mati pun tak putus
kita punya dosa terlampau banyak, tapi Allah masih meminjamkan nikmat yang banyak pada kita
kita doakan untuk sahabat kita, tapi malaikat semua mendoakan untuk kita
kita solat 2 rakaat je sebelum subuh, tapi kita ibarat mendapat nikmat dunia dan seisinya
selangkah je kita mendekati Allah, tapi seribu langkah Allah mendekati kita

nak mengeluh apa lagi tentang hidup wahai manusia?



be grateful :))


2 comment:

Anonymous said...

Penulisan yg indah hadir dari hati
yg ikhlas dan sarat dgn ilmu.

Teruskan menulis
Teruskan mengislah manusia
Teruskan apa2 shj amal yg baik

Diluar sana ada yg setia membaca penulisan2 islami dan menyentuh jiwa seperti penulisan akak.

Saya doakan kak Hana' agar dimudahkan segala urusan dan sihat sentiasa.

hana nabilah Norkhair said...

terima kasih untuk doanya