Thursday, 24 November 2016

raiikan

bismillah

perbezaan.

jika sesuatu perkara tu bukan menjadi perihal kebiasaan dalam kehidupan kamu, tidak bererti ianya salah.
bukan setiap apa pandangan dan perkara yang bertentangan dengan kamu itu tidak benar.
bukan segala yang pelik dan asing itu tidak berfaedah.
bukan semua benda yang mengikut citarasa kamu itu yang terbaik.

jangan menghukum terus sebelum mengkaji.
jangan menghina terus sebelum memahami.

wujudnya perbezaan dan ihtilaf mazhab empat.
dan setiap imam ada hujahnya dalam menetapkan sesuatu hukum.
bila kamu beramal dengan sesuatu mazhab, bukan bermaksud hanya amalan kamu saja yang sah.
bukan bererti mazhab lain 'kurang islam' dan salah.

perbezaan.

kalau tidak berlakunya percabangan pendapat, maka tidak akan lahirlah keunikan. adakah wujudnya bermacam jenis pekerjaan andai semua manusia berfikiran dan berkebolehan serupa?
adakah menarik dunia ini andai semua manusia menyukai benda yang sama?

perbezaan.

kalau semua orang suka ayam, tak wujud lah masakan ikan keli.
kalau semua orang suka warna ungu, tak wujudlah warna - warni di bumi.
kalau semua orang nak mengarah maka tiadalah yang akan mengikuti.
kalau semua orang suka orang putih maka habislah orang gelap dibenci.

raikan kepelbagaian.
setiap orang ada kelainan.
hidup ni banyak pilihan.
asalkan ia tak melanggar hukum dan perintah tuhan,
kenapa pertikaikan?

:)



tiba tiba rasa nak makan ikan keli. k

0 comment: