Sunday, 3 April 2016

Open Letter

Bismillah

I know he won’t read this post. He doesn’t even know that I have blog.

Cuma, em. Just a little reminder atau perkongsian lah boleh kita katakan buat anda-anda yang membaca blog ni untuk menghargai seorang insan yang telah banyak bersusah-payah dan berkorban dalam membesarkan kita. Insan yang tak tunjukkan kasih sayang nya pada kita secara terus. Just so you know, he really cares.

Em. Ehem.

Abah,
Seorang insan yang aku kagumi sejak dulu, seorang insan yang aku masih belum cukup puas merasa dimanjakan. Belum cukup puas merasa dididik. Belum cukup puas mendengar lawaknya. Belum cukup puas mendengar nasihatnya.

Dulu waktu aku masih kecil, aku masih ingat abah menyiapkan aku ke tadika, abah sering menjadi kuda untuk aku tunggangi. Aku mengikut abah ke masjid menaiki motor. Aku sering pergi ke pejabat abah bila tidak ke sekolah.

Tak lupa juga, bila kena cubit sebab lambat solat jemaah.

Abah juga sangat ambil berat soal akademik. Setiap kali hari perjumpaan ibu bapa, untuk mengambil result peperiksaan. Abah mesti hadir. Malah, abah akan check satu persatu kertas peperiksaan mana yang aku buat salah. Oleh kerana itu, aku sebolehnya ingin perform dalam pelajaran. At least dapat buat abah tersenyum bila namanya juga disebut saat aku mengambil anugerah di pentas ihtifal.

Abah, aku kagumi dirimu.

Engkau hebat dalam bekerja,
Saat akhir pekerjaanmu, engkau memegang jawatan ketua jabatan.

Engkau hebat dalam memimpin,
saat akhir pimpinan mu, engkau memangku beberapa jawatan dalam satu masa

Engkau hebat dalam jalan dakwah,
engkau aktif sejak dari universiti lagi. Sentiasa sibuk dirimu untuk ummah dan masyarakat

Engkau hebat menjadi seorang ayah,
didikan, kasih sayang, belaian, nasihat, masa, pengalaman, pelajaran. Tiada terkurang.

Engkau hebat dalam sukan.
Lari, sepak takraw, bola, abseiling, trekking.
Malah engkau menjadi ketua program ‘sihat sepanjang hayat’

Engkau hebat dalam pelajaran.
MRSM Kuantan
Degree di Australia
Master di Scotland
PhD di Nottingham

Engkau hebat dalam kerja suri rumah
Engkau hebat dalam kerja bertukang
Engkau hebat dalam amalan harian

Hingga aku fikir, abah aku ini sangatlah serba boleh.
Susah nak jumpa lelaki persis engkau.

Tapi, 
Allah tarik sikit nikmat yang Allah pinjamkan buat abah sebelum ini. Yang Hana yakin, abah dah gunakan sebaiknya nikmat tersebut.


Masih terngiang, pertama kali melihat abah terlantar di hospital. Dahi abah kedut seribu, seolah menanggung kesakitan yang teramat. Tapi abah tak buka mata. Menahan sakitnya di kepala akibat saluran darah di otak yang pecah. Kami sekeluarga berdiri di sekeliling abah.
Lalu kakyang membisikkan sesuatu di telinga abah, dengan teresak-esak "abah.... jangan tinggalkan kiteorang..."
"Abah..."

Terlihat air mata abah jatuh ke pipi. Aku tak dapat tahan sebak. Semua di situ tak dapat tahan.
Sebak. Sedih. Terasa saperti satu badan tak dapat digerakkan. Aku masih belum bersedia untuk itu. Masih Belum. Aku yang masih sepuluh tahun ketika itu masih memerlukan seorang ayah.
"abah, jangan pergi dulu..."

Operation dilakukan,
Doctor mengatakan, 50-50
Tiada harapan

Kakakku lemah terkulai hampir pengsan
Abangku tunduk seribu
Pakcikku teresak-esak menahan pilu
Hanya kepadaNya kami mengadu

Mesej disebarkan ke seluruh kenalan
Solat hajat besar-besaran dilakukan
Terkumat-kamit berdoa dan baca quran

Dan Alhamdulillah
Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, operation lancar

tempurung kepala dikeluarkan,
leher ditebuk untuk saluran makanan.
Seluruh badan tak boleh digerakkan.

Lumpuh.

Dua bulan terlantar di wad HDU. Bila tube di leher dikeluarkan, aku fikir abah boleh cakap seperi biasa. Tapi tanggapan aku meleset sama sekali. Abah perlu ulangi proses seperti bayi semula, diajar bertutur satu persatu. Malah tangan kaki dan anggota lain juga harus bermula proses dari 0.

Allah, hebat sungguh ujian untuk abah.

Ulang alik ke hospital membuat physiotherapy, pergi ke bermacam tukang urut, consume pelbagai jenis ubat, guna pelbagai jenis alat. Dan dengan doa yang tak pernah putus, Alhamdulillah. Semakin lama, anggota badan abah semakin pulih, boleh digerakkan. Cuma tangan kanan, Allah belum bagi pinjam nikmat itu.

Waktu itu juga, aku sangat kagum dengan hebatnya penangan ukhuwah. Walaupun waktu itu aku masih mentah, baru darjah 4. Tapi nilai ukhuwah yang terpamer, sangat indah. Bagaimana katil abah tak pernah lengang dari tetamu yang datang melawat. Giliran mengambilkan wudhu dan solat subuh, giliran memasak dan menghantarkan makanan, giliran menghantar dan mengambil kami di sekolah, giliran membawa solat jumaat, giliran membawa ke physiotherapy dan tempat2 berubat. Mengadakan solat hajat beramai-ramai. Malah ada yang korbankan hari cuti mereka untuk membantu dan meneman kami di hospital. Hebat sungguh.

10 tahun berlalu.

Alhamdulillah. Aku masih ada abah. Tempat aku rujuk, tanya pendapat, ngadu masalah. Penyuntik semangat, pemberi keyakinan. Jiwa dan pikirannya seperti dulu, cuma anggotanya sahaja belum pulih sepenuhnya.

Walaupun jauh di sudut hati ku, aku rindu.
Aku rindu untuk mendengar telatah gurauan dan percakapannya seperti dahulu. 
Melihatnya hebat dan cergas sepeti dahulu. 
Tapi aku yakin ketetapan Allah tu tiada yang sia-sia. 

Dan benarlah, memang tidak sia-sia. 

Walaubagaimanapun,
Semangatnya, aku kagum. 
Biar harus jalan lambat, 
biar harus jalan bertongkat,
biar harus bertutur sepatah sepatah,
biar harus sabar, bila apa yang ingin diungkapkan tak dapat dituturkan,
biar harus sabar, bila apa yang ingin dikata, orang tak dapat mengerti, serius menguji.
biar hanya sebelah tangan yang masih berfungsi,

Tapi semangat untuk berprogram, bermukhayam, berjalan menghubung silaturrahim, masih diteruskan. Bagaimana sesetengah pakcik juga pernah bercerita kepada kami, mereka menangis melihat semangat abah dalam jalan dakwah.

Aku kagum. Tapi dalam masa yang sama aku serba salah. 
Aku serba salah kerana aku tak dapat menjadi sehebat abah. Sebab itu selagi aku mampu, aku ingin buat abah tersenyum, terutama dalam pelajaran aku, dan juga aku ingin meneruskan hammasah abah dalam jalan dakwah.


Moga Allah rahmati abah selalu atas segala kebaikan yang abah lakukan.

Norkhair Ibrahim
3 April. Moga umurnya diberkati.

Behind every great man, there’s a really great woman
And for that, I really really salute my mom for being the strongest person I’ve ever know :’)
As you grow up, try to make them proud of you.
Try to put a smile on their faces seeing you success in life.
Try to repay the debt you owe your parents for their hardships and sacrifices for raising you up until you become a really great person as you are now.
And try to be an obedient and a good child. They want nothing more than having their names in your prayers.

For saving my tears, I should stop writing. I don’t know why my tears keep falling while writing this.
No other reason, I miss them

May Allah bless them and grant them happiness in this dunya and in the hereafter :)



0 comment: