Monday, 21 March 2016

View

Bismillah

Boleh jadi engkau suka winter kerana indahnya melihat ketulan2 ais saat ia turun dari langit menghiasi bumi menjadi putih cantik.
Sungguh, cantik subhanAllah!

Atau boleh jadi engkau suka winter apabila menyentuh gebunya snow seperti cotton candy dan marshmallow yang membuat anda mahu memakannya (i did it literally. Heheh)

Mungkin juga engkau suka winter bila empuknya merasa baring di atas ketebalan snow dan buat snow angel (walaupun tak berhasil hm)

Bahkan juga engkau suka saat bermain snowball fight yang selalunya dilihat di video atau film

Atau juga kerana dapat membina snowman. (But i couldn't make it) (ambik gambar dengan orang punya je) (tak pro. Ceh)

Tambahan pula apabila engkau mempunyai 'fridge' semula jadi di luar tingkap bilik anda tanpa perlu membazir elektrik

Dan, tak susah juga engkau perlu memelihara mata, apabila wanita manusia semua berpakaian menutup semua :)

Paling gemar sekali bila semua tempat yang agak berbukit kita boleh jadikan slide dengan hanya perlukan sekeping/sebuah (???) plastik untuk meluncur laju tanpa perlu malu dengan umur anda. (Sebab saya nampak makcik cleaner main dulu (comelkannn), pastu saya pun join.kehkeh. Dan ia lebih seronok dari main slide di taman permainan

Dan paling nikmat untuk seorang mukmin itu adalah kerana siangnya yang pendek dan malam nya yang panjang memberi peluang keemasan untuk mudah berpuasa di siang hari dan beribadah di malam hari. Rugilah kalau tak manfaatkan.



Tapi



Boleh jadi engkau tak suka winter kerana perlu menghadapi kesejukan yang sangat menyejukkan sungguh!
(tatabahasa masyaAllah)

Juga kerana perlu berpakaian tebal, berlapis-lapis, banyak equipment.

Atau mungkin engkau tak suka apabila harus berperang dengan air. MASYAALLAH. Fuhfuh.
Kecut semua tulang urat nadi saraf naik bulu roma adrenaline meningkat. Hiperbola metafora anafora

Kulit jadi kemerah-merahan dan kering. Kuku jadi biru kelabu macam orang pucat menunggu ajal. (Pernah jugak terfikir macam tu sebenarnya. Bijak)

boleh jadi, mujahadahnya engkau untuk cuba menahan wudhu kalau boleh dari subuh ke isya'  dan paling menguji bila dah nak keluar rumah dengan lapisan pakaian yang banyak pastu lupa nak ambik wudhu.. nangis

Tak suka winter mungkin juga kerana aktiviti outdoor anda terhalang. Seperti bersukan. Tak sempat peluh keluar, dah bertukar menjadi ais.
 KrikKrik


And the list goes on...........

So. Kesimpulannya?

Hidup kita, kita yang menentu sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara. Macam winter, ada orang suka, ada yang tak.

It depends on our point of view.
Samaada kita lihat positif atau negatifnya

Semuanya ada pros and cons dia, ada baik buruknya, ada susah senangnya, ada bahagia sedihnya, ada naik turunnya.

Contoh paling senang lah kita boleh bagi: perjanjian hudaibiyah. ha, kalau tengok mungkin ia tak berpihak pada umat islam ketika tu, even sahabat pun pada awalnya tak puas hati. tapi Rasulullah berfikiran jauh dan mengambil sudut positif dari perjanjian tu. Dan sebenanrnya, ia menguntungkan pihak islam. (Boleh lah selak2 balik buku sirah, kalau nak menghayati lebih)

Maka, nikmati setiap moment hidup kita. Dalam keadaan apapun, di mana pun.  Baru kita akan hargai nikmatnya hidup ini despite the hardships that we are going through. Walaupun mungkinlah tak seindah yang kita harapkan. Dunia kan? Tak bolehlah perfect.

Above all that, saat ujian mengetuk, saat dunia menekan, saat tiada harapan, kita akan rasa tenang bila kita fikir dunia ni sementara. Yang kita peduli hanya kebahagiaan kekal di sana :)

Btw,
Goodbye winter, welcome spring :D

4 comment:

Anonymous said...

Hey did ankara and istanbul bombing affect you?

:) said...

random question l can say.

Literally it doesn't affect me as i'm currently living in another city which is quite far from ankara and istanbul.

But it does affect my feeling as a human who really hoping for a better world we live in and to have peace in this beautiful country

Nway, do pray for Turkey and for the world :)

Anonymous said...

Ikr���� AFAIK, the bombing was set by muslim themselves, Isn it? Something is going wrong over there. Whtever it is I will never stop praying for the sake of harmony and justice, n ur safety as well

:) said...

Em yeah (muslim who doesn't really practice islam?)

For a better understanding about what's going on, i suggest u visit: http://menjejakiuthmaniyyah.blogspot.com.tr/?m=1
(i guess u understand malay,kot?)

Thanks for ur concern btw