Friday, 11 March 2016

Bukan feminism bukan patriotism cuma optimism

bismillah

Classmate dari Eritrea (part of Africa) (dekat dengan Ethiopia) (sebelah dengan Djipouti (which i wrote Ciputi in the previous post)) (eh ada improvement lah geografi.lol) (eh banyaknya kurungan), dia tanya kelmarin sempena hari wanita ,

"how do you celebrate women's day in Malaysia?"

"Em. Macam biasa je. Takde pape yang berlaku. Cuma sesetengah orang bagi ucapan atau hadiah" (haah cakap bahasa melayu)

"Oh, you don't really celebrate it? İts not really a special day in your country? For us, its really an important day"

"Oh ye, kenapa?"

Kemudian dia pun cerita..

Wanita2 di negaranya adalah golongan yang kuat dan bertenaga, macam lelaki (?) Sebab sebelum independence day, kebanyakan wanita menjadi askar, like 40% dari golongan askar adalah wanita. Menarik kan? 

Juga, dulu sebelum merdeka, berlaku diskriminasi gender, di mana golongan wanita ditindas. Wanita seolah-olah disisih, dipinggir, tidak diberi hak2 sepatutnya, dijadikan hamba, tiada hak bersuara.

*tiba2 dia kesat air mata*

"Eh. Em. Are you crying?"

*senyum tunduk sambil lap air mata lagi*

Sebab dia kata, bukan senang nak ubah kebiasaan budaya masyarakat dulu, untuk menjadikan wanita golongan yang lebih dihormati, macam mana susah dari kita layan dia sebagai hamba, pastu tiba2 kena layan macam manusia normal. Susah nak terima kenyataan tu. Semua nya tak berlaku secara mendadak. Ambik masa. 

Tapi dia gembira plus terharu sebab sekarang ni semakin baik. Masyarakat sekarang dah boleh terima sikit sikit perubahan tu. Sebab tu lah hari wanita adalah hari yang sangat istimewa buat mereka. Kerana mereka merasa perlunya menghargai wanita. Sebab diorang sendiri rasa perubahan tersebut.

((Tiba2 teringat macam mana susahnya Rasulullah nak ubah aqidah masyarakat jahiliyah dulu))

((Macam mana juga sekarang Turki nak amalkan semula islam setelah banyak perubahan yang Kamal Ataturk buat))

((Susah kot nak ubah sebuah tamadun, ubah pandangan masyarakat, ubah persepsi manusia, ubah kefahaman indıvidu. ))

"When is your independence day?"

"Mei 1991" (if i'm not mistaken)

Yup, baru lagi. Pastu dia suka and nak jadi macam Malaysia. Sebab katanya, Malaysia punya kemajuan ni meningkat je sejak merdeka. Cuma, pendidikan kat sana tak seberapa sangat. Dan tak ramai golongan yang well-educated. Sebab tu lah susah sikit katanya.

"So, you gonna make a change when you return to your country"

"Perhaps.." he replied.

***

Dalam kelas juga, ada topic pasal faedah dan keburukan internet (haah macam sekolah sangat. Haha)

Then macam biasa lah, antara point keburukannya, ada stranger yang buat fake account pastu budak2 perempuan terpengaruh. Berkenalan di media social. Lelaki menyamar. Padahal sebenanrnya laki tu tua tapi nak kacau. Pastu bila jumpa f2f berlaku lah jenayah, bunuh membunuh, media tanpa sempadan. Manusia bertopeng sana sini. Dunia tak selamat. And the list goes on...

Tiba2 ada classmate laki bersuara,

"Tapi hocam, saya ada menyamar jadi orang lain dalam facebook"

*semua orang pandang dia*

"Saya menyamar jadi perempuan, ramai kawan, hampir setiap hari ada follower request, ramai laki tegur saya, nk berkenalan"

*semua orang pandang dia dengan muka serius*
(Eh seram jugak dia ni)

pastu semua orang cam tak puas hati
"But why?"
"Asal?"
"Kenapa?"
"Hadaf apa hadaf?" (Cehh over)
"Wife hang tahu tak?"

Hoca redakan keadaan, and tanya dia, mesti ada sebab dia buat semua tu, sebab dia pun baik je orangnya. Sebab tu semua orang pun pelik.

Then dia explain. Sebab sekarang berlaku salahfaham dekat negara dia. Macam sesuatu yang buruk disalah erti pasal negara dia. Sebab tu dia menyamar, dia kata, bila orang nak berkenalan tu, dia menjernihkan semula tanggapan orang terhadap negara dia. Dia cerita pasal keindahan dan perkara sebenar negara dia. Dia tanak orang asyik berfikir buruk pasal negara dia.

Murni kan?

Oklah. Mungkin lah boleh guna cara lain selain menyamar kat facebook.

Tapi mungkin ltu yang dia mampı

***

Situasi berbeza. Individu sama.

Seorang rakyat, yang mengimpikan kemajuan untuk negaranya.
Seorang pelajar, yang ingin pulang membawa perubahan untuk tanah airnya.
Seorang manusia, yang cuba menghargai insan lain. Tanpa diskriminasi.

Cuma seorang individu biasa.

So.

Kita juga manusia biasa yang memiliki impian 'BESAR' bukan?

Apa usaha kecil kita?

"Ntahlah hana" monolog kecilku. 

Hm

0 comment: