Saturday, 6 February 2016

Overseas vs Malaysia

bismillah.


If anyone asked me, which one do you prefer, study overseas atau dalam Malaysia je?
Perbezaan yang paling ketara antara dua tu ialah, pengalaman. lol obviously.
Well, depends. Kena tengok dari banyaaakkk sudut. It will be much better if you list down all the pros and cons between those two places.

Şey, basically, study dalam negara ni kita akan lebih mengasah diri dalam berorganisasi, dalam join2 program dekat kolej atau uni, pegang jawatan sana sini, jadi pemimpin itu ini, buat program begitu begini, beza persepsi di sana sini cara dia dan cara mereka. ehhh. k bye

Tapi kalau study luar negara, kita akan belajar survive untuk hidup. Serius. Belajar untuk tabah, berfikiran terbuka, sabar, berdikari, dan paling penting macam mana kita nak interact dan menyesuaikan diri dengan bangsa lain yang memang cara hidupnya lain. As mentioned in the previous post, bangsa melayu ni memang terkenal dengan sopan santun, beradab, cakap berlapik(tak direct) dll. jadinya memang agak beza lah budaya kat situ.

'when overseas, you learn more about your own country than you do the place you're visiting' -Clint Borgen

Doğru!
Kita akan banyak comparekan negara kita dengan negara lain. Dan kita akan lebih kenal negara sendiri.
Genellikle, sebenarnya study luar negara ni lagi banyak lah experience dia. Kalau ada peluang digalakkan lah, plus. sambil belajar sambil tu boleh berjalan melihat dunia, pergi negara2 lain, tengok peninggalan2 sejarah, mendalami cara hidup bangsa lain, belajar daripada pembangunan dan kemajuan negara lain. Serius menarik. Bence.

(Al-ankabut:20)smile emoticon.
Beza, orang yang melancong, dengan orang yang menetap atau belajar di negara lain. Sebab bila melancong, kita hanya akan nampak keindahan negara lain. Sebab yang kita pergi memang tempat tourist yang indah dan cantik. Like, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri. Tapi kalau kita menetap, kita akan nampak negara tersebut dalam banyak sudut, kelebihan kekurangannya, kemajuan mundurnya, perangai sebenar masyarakat2 dalam sesebuah negara. So dari situ, kita akan bandingkan dengan negara kita sendiri.


TAPI,
" If you want to study abroad just because you saw them post their pictures playing snow, having a walk by a park that's full of tulips or laying on yellowish leaves and you want to do that too . Forget about it "
The reality of life . What you see on FB, IG or anything is only 9% of their life .
Being away from your family, country and culture is more than that . Remember what is "siiruu fil ardh" meant to 
It's certainly moreee than taking pictures lol . It's about experience . Adventure . Knowledge . Mardhotillah.

Indeed, being away from our family is something yang sangat sukar. Bukan apa, cuma sepanjang kat sini i always pray that Allah panjangkan umur mereka. huu nak nangis.

But on the other side, kita akan rasa makin homesick bila diorang gather pastu amik gamba ramai2 pastu amik gamba makanan. nooooo.
so, kalau anda jenis kuat homesick maka takyahlah kot study luar negara haha
oh oh!
Yang sedih jugak bila tiba-tiba dapat jemputan majlis dari rakan batch anda, pastu kita tak dapat hadir. haaaaaa tu sedih. Alhamdulillah lah setakat ni takde lagi haha.

Ayrıca,
Kena take note jugak, course yang kita amik, better dekat luar atau dalam negara. Ada sesetengah negara yang memang dah ada kelebihan dalam sesetengah bidang. Contoh macam medic, bagus kat india (kot?) syariah kat mesir atau jordan lah contohnya. Tapi kalau course bahasa melayu, takkan nak ambik kat china pulak kan. hah gitulah.
Bab2 ni better rujuk dengan orang lebih berpengetahuan lah.

Dan paling penting, kewangan.
kalau dapat tajaan scholarship dan sebagainya, maka bertebarlah anda ke muka bumi ini. tapi kalau tak, hmm. agak susah lah. unless memang mak ayah kaya raya. tapi JPA pun macam em macam hm gitulah kan. insyaAllah iyi olacak. 
Cuma kalau boleh, bila dah masuk alam universiti ni, cubalah untuk tak guna duit mak ayah lagi. Belajar berdikari. Sekolah dulu, mak ayah kita dah korbankan beribu2 duit untuk kita. Sampai bila? ye dok?

Dan terakhir, mintak pendapat mak ayah. onlar daha biliyorlar bizim için.

***

Oh ye, haritu ada sesi bual santai dengan Dr Maszlee Malik (assistant professor at UIA) dengan student2 di Turkey.
sambil minum teh tarik (!) nikmaaat. mane nak jumpa kat turki
Generally we were talking about politics and economy. and niche and so on.
Tapi satu benda yang menarik yang beliau kata adalah,
Ambiklah sebanyak2 pengalaman kat turki ni, even benda tu kita paling tak senang/tak suka, terutama dengan sikap masyarakat mereka.
Sebab nanti bila balik Malaysia benda tulah yang kita akan rindu.
And, try your best to be a meaningful person to other people.

sekian. terpanjang pulak.


maaflah bahasa bercampur baur. aferin bana

0 comment: