Friday, 26 February 2016

Judgemental




Mentaliti yang perlu dijauhi adalah menilai manusia berdasarkan luaran.

Bukan sekadar hanya kecantikan paras rupa, tapi ekspresi muka, tingkah laku, warna kulit, pakaian, keluarga, negara, bahasa, semuanyalah.

We should never judge a person by external appearances, but we must look at their inner beauty instead. Their heart, thoughts, kindness, their relation with Him and so on.

But it's hard actually.

Bila me myself sendiri pun kadang lebih mementingkan expectation manusia dari sudut luarannya. Yeah kadang kita mesti lah nak nampak perfect (not really) tapi macam nak tunjuk yang terbaik pada diri kita di hadapan orang lain melebihi His expectation towards us?

we are here to please him.

Why i came out with this issue?

***
İn my class there's one guy from Jiputi (i don't really know how's the spelling actually. ahah. İ've searched for it tapi tak jumpa. But it sounds like that, jiputi. Part of Africa if i'm not mistaken) oh teruk betul geografi. Tapi nak kata, he's a black skin guy.

Satu hari tu, tak ingat kenapa tapi hoca (cikgu) geram sebab he talks too much. Like non-stop. Tapi yang bestnya, lawak. Cuma tulah, hoca nak teruskan kelas pun susah.

So hoca dah geram, hoca ambik marker hitam nak conteng kat tangan dia.

Pastu dia cakap,
"Hoca, hitam dengan hitam, apa guna?"

Haha. Tak tahan gelak.

Pastu bukak lah topic dalam kelas, bilamana mereka yang berkulit hitam ni rasa macam inferior je, sebab masyarakat turki selalu pandang diorang pelik, macam stranger gitu. Dan tak dapat layanan yang sama.

Then ada kawan Gambia (juga berkulit hitam) cerita, orang turki tanya kat dia "awak orang turki ke?". Sebabkan terkejut dengan soalan tu, so dia pun jawab "ya". Lagi terkejut orang turki tu, "serious? Negeri mana?" Lol sangat

And i've once been asked "what is your deen?" "are you muslim?"
(Dalam hati, like whaat, obviously)
İ was wearing like tudung akel bidang 55 kut plus pakai kain lagi.
Nampak sangat lah pakaian tak menjamin agama seseorang.
(Tak cukup muslim kot diri ni? nangis)

***

juga,

Jangan mudah judge orang melalui ekspresi muka.

Well, there's certain people yang nampak muka diorang macam marah, sombong, serius, sedih, membosankan dsb.

Yang sebenanrnya tu adalah memang muka diorang. Maksudnya bukan feeling diorang (if you understand what i mean)

Jadi, bila kita nampak orang muka sombong, kita rasa takut nak senyum kat orang. Dulu, macam tak faham. Kenapa semua orang nak sombong?

Tapi ternyata itu kerana kita yang tak mulakan senyuman.
Dan that feeling bila orang balas senyuman kita. Rasa macam indahnya dunia.

Jadi kenapa mengharapkan orang berbuat baik pada kita, sedang kita boleh memulakannya dulu? :)

Maka, sentiasalah senyum dah berwajah ceria kepada manusia sekeliling anda.
Even when you're having the hardest time
Because it may change someone's life

***

Satu lagi mentaliti manusia ialah,

Bila mana orang selalu ingat refugees adalah golongan miskin, pengemis, peminta sedekah.

Sedangkan mereka juga adalah antara golongan well-educated, bekerja, yang cuma dihalau dari tanah mereka sendiri.

***

And i really like to see bilamana orang yang berpangkat, berharta, kerja besar, tapi sangat humble.

Banyak jelah jumpa makcik pakcik kawan-kawan mak ayah, contohnya: makcik ni seorang doktor pakar dan pakcik pulak lecturer atau professor (i'm not sure), berjawatan tinggi lah. Which is kaya lah kan. Tapi hidup diorang sangat simple dan sangat humble.
Dan masyaAllah sangat baik. Kalau kita tak kenal diorang, tak sangka pun diorang tu doktor atau lecturer.

bila mamusia itu yakin bahawa kehidupan dunia ini sementara, apa lah sangat nak dibandingkan kebahagiaan dan kekayaan di akhirat kelak.
Buat apa sangatlah nak berbelanja lebih untuk dunia.

Which is tak salah pun lah, kalau dah memang kita berduit. Tapi nak jumpa orang macam tu, susah.

Malah orang yang tak berduit pula yang nak tunjuk kaya.

Sahabat,
'Lihatlah dunia melalui jendela akhirat'

***

Jadi jangan sekali kita judge orang,label orang.

Siapa kita?

Sebab kita tak tahu, bagaimana sebenarnya hubungan seseorang itu dengan tuhannya.
mungkin Allah lebih dekat di hatinya berbanding kita?
mungkin dia lebih mulia di sisi tuhan berbanding kita?
mungkin lebih banyak amalannya diterima berbanding kita?

Cuma,
cuba sebaiknya untuk jadi yang terbaik di hadapanNya
kisah apa, expectation manusia, yang kita risau penilaianNya

Dalam masa yang sama,
jangan baik sorang-sorang.

0 comment: