Monday, 1 February 2016

Jauhi sia-sia



Bismillah.

2016 dah. Februari dah pun. Pantas betul masa berlalu.

sepanjang hidup sampai tahun 2015 tu,

Apa je eh sumbangan kita untuk kebalikan islam?
Berapa banyak eh saham kita kumpul untuk hidup bahagia kat akhirat nanti?
Akhlak dan sikap kita ni makin bagus ke tak eh?
Masa yang kita ada kita manfaatkan sebaiknya ke kita sia-siakan eh?

Allah Allah. rasa macam banyak betul panah tertusuk.

Kalau kita rasa, makin lama kita ni makin berubah ke arah kebaikan, sikap2 negatif kita dah try untuk tak buat, benda2 lagha kita mujahadah untuk menjauhi, amalan2 sunat kita tambah dan lazimi dalam kehidupan seharian. Bacaan2 fikrah kita makin banyak dan hadam. tahniah lah diucapkan. Moga istiqamah.

Tapi

Kalau kita rasa, makin lama makin menjauh dari kebaikan. Kehidupan kita ni sibuk ke arah duniawi, sikap kita sama je dari dulu, contohnya, kuat marah, kekemasan terabai, mencarut. Ni benda basic. Lagi, amalan2 sunat lopong2. Bagi perempuan, pakaian dah makin singkat dan tak berapa nak labuh seperti sepatutnya. Maka muhasabahlah kita.

Jika berlaku sedemikian, cuba kita cari biah2 yang membuatkan kita berubah lebih baik, kalau takde, kuatkan tarbiyah dzatiyah kita. Tak senang, tahu. Tapi kena. Kalau surrounding kita bukan biah yang solehah. Kena kuatlah. Jangan hanyut.

***
ada orang pernah tanya:
"Camne ek nak jauhi perkara sia-sia dan lagha? Lagi2 kalau benda tu cam kita dah biasa buat. Susah lah. Ada tips tak?"

Ceh bajet konon hebat sangat lah anti ni jadi tempat rujukan orang nak tanya.

soalan tu monolog sendiri sebenarnya.
Tapi ada lah tips2 yang difikir yang at least membantu diri sendiri (most of the time).

andai, terasa nak buat benda sia-sia dan lagha atau dosa. Fikir,
1. Cuba kalau Allah ambil nyawa kita waktu tu jugak. Tak ke rasa malu dan menyesal sebab tgh buat keburukan.
2. Andai rasulullah ada di sisi kita dan melihat perbuatan kita tu, tak ke baginda rasa sedih dengan perbuatan umatnya ini.
3. Bayangkan perbuatan anda tersebut ditayangkan di mahsyar kelak, malu kan?
4. Ingat, Allah sedang melihat kita. sentiasa. Walaupun takde orang pun nampak kita buat apa.

"...selagi kita tak dapat tinggalkan perkara sia-sia, selagi itu klta bukan ikhwah yang menyusuri jalan dakwah ini."

mari berhuhuhu

***
Maka, moga ada manfaat lah dari post yang ini.
Just a simple reminder for me and you to become a better servant,

Yang kadang kita ambil remeh benda basic and simple. Yang mungkin boleh menghitamkan hati kita. Dan melambatkan kita dalam jalan dakwah tu sendiri.

moga kita jadi mukmin yang harini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

Tanak mati sia-sia please

0 comment: