Saturday, 12 December 2015

Malaysia


Satu hari dalam kelas.

Waktu rehat, berbual dengan 5 orang rakan berlainan negara (Yaman, Syria, Gambia, Afrika, dan saya, Malaysia). Kami berbual dalam bahasa Turki dan İnggeris.

Sampai satu topik, bicara tentang negara. İni memang topik paling menarik lah bila berbual. Setiap topik yang dibualkan mesti akan tanya, "kalau negara awak camne?" "Oh kalau negara saya camni" dari situ dapat kenal lah kepelbagaian yang wujud kat dunia ni.

Antara perbualan kami:

Sahabat saya berkata,

"Benim ülkem çok problem var, yaman de var, Syria  de var (yavaş)"
"Negara saya ada banyak masalah, di Yaman juga, Syria juga (perang)"

Sahabat2 lain mengangguk tanda setuju.

Lalu saya menyampuk,

"Malezya'da da çok problem var"
"Malaysia juga ada banyak masalah"

Dengan pantas sehati sejiwa mereka membalas,

"Hayır! Malezya çok güzel bir ülke, problem yok"
"Tidak! Malaysia adalah negara yang sangat bagus, tiada masalah"

"İt is a very good, peaceful, developed country"

Disokong penuh oleh rakan yang lain
"Evet!"
"Yes!"

*senyum sambil geleng kepala*

"Hmm.İnsyaAllah"

İndah khabar dari rupa betul lah.
Yes, mungkin lah takde perang senjata, pembunuhan kejam setiap hari, rampasan hak negara.

Tapi perang jahiliyah keruntuhan moral, masalah sosial setiap hari (contohnya bayi luar nikah), rampasan hak2 manusia, yang kaya semakin kaya, yang serba kurang semakin menderita.

Tu semua pun masalah besar jugak kan? Walaupun tak kelihatan dari mata dunia.

fuh.

Walaubagaimanapun.
Saya bangga jadi rakyat Malaysia. Eh
Kalau orang tanya dari mana, suka saya nak jawab saya dari Malaysia. Ahah. Ntahhhh

0 comment: