Wednesday, 16 December 2015

Bangun awal vs tidur lewat



Ada 4 jenis manusia:
- tidur awal bangun awal
- tidur awal bangun lewat
- tidur lewat bangun awal
- tidur lewat bangun lewat

Anda jenis golongan yang mana? 
Tak kisahlah kan. Tak penting pun untuk saya tahu. Yang penting subuh tak gajah.

Isunya di sini, kita kecikkan skop lah eh, golongan pelajar. Nak kecikkan skop lagi, pelajar yang tinggal di hostel atau asrama atau dorm. 

Makanya di sini, dalam satu bilik tu akan ada berjenis perangai manusia. Ada yang pengemas, pembising, peng'stok' makanan, macam-macam lah.
Dan ada yang jenis tidur lewat, dan ada yang bangun awal.

Persoalannya di sini, siapa yang patut rasa bersalah?

situasi 1:
Orang yang tidur lewat (lebih pukul 12) tak kisahlah samada study atau tengok phone, sedangkan rakannya dah tidur. Dalam keadaan lampu terbuka. 

Atau

Situasi 2:
Orang yang bangun awal (tak tidur lepas subuh) sedangkan kawannya masih tidur. Dan membuat bunyi2 di dalam bilik yang boleh mengganggu orang tidur.

Siapa??

Tentulah situasi 1 yang patut rasa bersalah kan. Kan?
Ok. Dah. Tak perlu bahas.

Sebab malam memang untuk istirehat dan siang untuk mencari rezeki (membuat sesuatu perkara).

Kalau memang terpaksa berjaga malam. Esok periksa contohnya, maka bolehlah ke bilik study.

kalau kita memudahkan orang lain, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita.

Dan wahai anda-anda, mak saya selalu pesan, jangan tidur lepas subuh. RUGİ.

-rezeki sempit
-bazir masa (waktu lepas subuh tu rasa panjang kot! Banyak benda boleh buat)
-badan letih
-tak dapat tengok sunrise yang cantik

sikap, anda mampu mengubahnya.

Lagi satu, qudwah kut. 
Hebat mana pun kita berkata-kata tapi kalau tidur lepas subuh, takut kata-kata tu hanya angan-angan yang sedap telinga mendengar je. Nak ikut dan percaya tu susah. 

Take note ye moga istiqamah

2 comment:

Anonymous said...

Tapi taktahu nak buat apa lepas subuh, itu yg terpaksa tidur

:) said...

"Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada" hassan al-banna

Gitulah.