Monday, 16 November 2015

Syria dı hati



Bismillah,

Pernah satu hari waktu teneffus (rehat), saya ambil kesempatan untuk berborak dengan sahabat kelas saya. Berasal dari Syria. Sudah berkahwin, umur dalam lingkungan 30an gitu. Suaminya pun dalam kelas yang sama. Dalam kelas duduk sebelah2. Haha comelkan (lol). Pastu hoca (cikgu) selalu kacau diorang. Dan diorang sangatlah baik dan caring, dah macam kakak saya dah dalam kelas tu.

Ok, tersasar.

Sohbet (perbualan) kami bermula bila saya sedang tengok list classmate yang tertampal di pintu kelas. Di situ juga tertera scholarship yang dıgunakan oleh setiap pelajar. Kebayakannya adalah scholarship YTB (termasuk saya). Cuma ada sebahagian saja yang bukan. Jadi saya tanya sahabat Syria kerana dia antara yang bukan YTB. Rupanya dia datang persendirian. Kemudian saya tanya lagi tentang jurusan yang akan diambil tahun depan. Dan rupanya dia datang bukan untuk menyambung pelajaran. Sebab dia pun dah habis belajar dah peringkat doktor alhamdulillah. Tapi mereka datang ke Turkey sebab,

"I have no home in Syria, they have destroyed them"

allahu allah. Tersentak dengar.

Sahabat saya itu rupanya memang pindah ke Turkey permanently.

Kita ni asyik2 merungut homesick lah, rindu Malaysia lah, nak balik rumah lah.

Mereka? Rumah untuk dirindu pun dah takde. Negara untuk didiami pun dah tak aman. Malah terpaksa berpindah ke negara lain untuk teruskan hidup.

Cuba kita di tempat mereka? T.T

Mujur masih ada negara yang bersikap terbuka untuk mengalukan kedatangan mereka yang dirampas tanah kediaman sendiri. Yang tak memerlukan visa untuk mereka masuk. Contohnya macam Malaysia, Turkey dan 'tak ingat lagi satu' (tapi lagi sstu ni dah agak ketat peraturan dia, katanya).

Sahabat saya ini, tinggal di damascus, Syria. Lagi satu classmate saya juga dari Syria, tinggal di Homs.

Mereka kata keadaan di Homs sangatlah dasyat. Sangat tak selamat. Mereka dikecam hingga terpaksa pindah ke suatu tempat pelarian. Tetapi di tempat pelarian tersebut, mereka dibunuh.

Hampir setiap hari ada saja kematian yang berlaku.

Allah..

Tapi hampir habis waktu rehat, sahabat saya berkata

"Alhamdulillah ala kulli hal, alhamdulillah. I'm okay. I don't want to make you worry" (mungkin sebab tengok riak muka saya yang dah berubah kut. Huhu)

Dalam keadaan sebegitu pun masih tetap bersyukur dan tabah. Malulah kita kalau tak bersyukur dengan hidup selama ni. Malulah. Kita ni diuji sikit dalam hidup pun rasa macam "kenapa hidup ini tidak adil" "kenapa hidup aku tak bahagia macam orang lain" kenapa dan kenapa. Tapi tak pernah nak sedar dengan nikmat2 yang Allah masih bagi kita pinjam.

Bersyukurlah wahai manusia.

Dan,
Moga sahabat2 seislam saya yang ditindas negaranya, diberi kekuatan sentiasa.

Moga tak lupa selitkan doa sentiasa buat mereka.
Dan bantulah semampu yang boleh.

Kemenangan kelak milik kita jua. InsyaAllah :)



1 comment:

Anonymous said...

Very inspiring