Saturday, 28 November 2015

Random



Atas alasan apa untuk kita tidak bersyukur dengan hidup kita selama ini?

Atas segala nikmat yang masih Allah bagi pinjamkan kepada kita, samada kita sedar atau tak, besar atau kecil. Bersyukurlah.

Jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan orang lain yang membuatkan kita kurang bersyukur dengan hidup ini. jangan.

jika kita rasa hidup kita terlalu banyak masalah dan kesulitan. Ketahui juga, semua orang juga begitu sebenarnya.

rasa down dan tersungkur sedih tu normal. Cuma jangan terlalu lama. Dan jangan lupa bangkit semula.

Seperti Rasulullah semasa perang khandaq yang hampir berputus asa, tersandar di batu besar, seolah tiada harapan. Kerana musuh datang dari setiap arah (bani khuzaah yang khianati janji). Tapi baginda tak terus sedih, malah bangkit semula kerana perjuangan harus diteruskan. Dan yakin bahawa pertolongan Allah itu pasti ada.
Dan akhirnya pihak islam menang.

tak setiap masa susah, dan tak setiap masa juga senang. Roda kan? Hidup berputar.

Just have faith in Him! He knows best!
tersusun rapi perancangan hidup kita, tapi tersangatlah cantik perancangan Allah untuk kita. Walau hikmahnya tak nampak dalam jangka masa sekarang.

Dan.
Jangan pernah sesekali menyesali perkara yang dah berlalu. Kalau ini, kalau itu. jangan. Teruskan hidup, move on. Tarik nafas dalam2. Tanamkan tekad. Bismillah.

Selama 19 tahun hidup ni. aku sangatlah kagum dengan segala ketetapan dan liku jalan yang aku lalui. indah rancanganNya. İndah. malah jalan hidup orang lain juga aku kagumi. Sesuai ketetapanNya untuk hambaNya.

Diberi peluang belajar dengan pelbagai jenis manusia berbeza negara. Membuat aku lebih kagum dengan hidup ini.

Diberi peluang belajar di negara luar. Membuat aku rasa kagum dengan keindahan alam ini.

Untuk segalanya itu, membuat aku sangat kagum dengan ciptaanNya. İndah.

Bagaimana belajar di luar negara memang sangatlah satu pengalaman yang berbeza. Tambahan bahasa yang sangat beza, budaya dan cara hidup yang beza. Tiada keluarga disisi, tiada banyak teman Malaysia (di BursA), malah seorang sahaja Asian girl (di Yalova). Itu sangat tough.

Ala kulli hal,

Untuk nikmat islam, nikmat dilahirkan dari keluarga yang aku sayang ini, nikmat setiap tempat pendidikan yang aku belajar, nikmat sahabat yang aku peroleh, nikmat tarbiyah yang buat aku hidup tak sekadar hidup, nikmat kesihatan, nikmat ilmu yang aku dapat, nikmat pengalaman yang membuat aku lebih kagum dengan hidup ini, untuk segalanya, Alhamdulillah.

Moga selamanya kita menjadi hamba yang bersyukur.
Moga tidak termasuk dalam golongan yang disebut dalam Al-quran yang bila ditimpa kesusahan maka kita berdoa dengan bersungguh tapi bila mendapat kesenangan kita lalai.

moga, insyaAllah :)

0 comment: