Friday, 13 November 2015

Malaysian in Turkey


Bismillah,

Dah sebulan alhamdulillah diberi kesempatan menuntut di negara orang, Turkey. Negara yang penuh sejarah. Jatuh bangkitnya islam. Cuma tinggal nak ambik ibrah ke tak je. Juga negara yang çok güzel! :D

Sungguh BANYAK sangat pengalaman2 baru sepanjang sebulan di sini (sebulan je baru, 4 tahun lagi menunggu. Ahah). Terutama bila kena melayan karenah orang Turkey yang cantik2 belaka masyaAllah tapi boleh saya katakan tahap kesabaran mereka ni agak rendah berbanding wanita melayu (tapi tak semua). Dan di sini sangatlah perlu disediakan hati yang tabah setiap kali deal dengan mereka.

Dan saya bangga dengan rakyat Malaysia yang boleh disifatkan sebagai individu yang sopan dan baik dan manis. Eheh.

Tahun ni, saya hanya belajar Turkçe Hazırlık (persediaan bahasa Turkey). Yang sangat menariknya adalah, classmate saya datang dari pelbagai jenis: lebih dari 10 negara yang berlainan, bahasa yang pelbagai, warna kulit pelbagai tona (lol), karenah yang macam2, dari fakulti yang berbeza, umur pun beza (saya paling muda, ehek), peringkat belajar yang berbeza (undergraduate, master, phd).

Maka dari situ wujudlah pelbagai pandangan dan hujah2 yang berbeza dari setiap orang, serius menarik!

Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)

Cuma satu je yang sama, agama ;)

Disebabkan datang dari pelbagai pelosok dunia, maka inilah ruang dan peluang untuk lebih mengenali negara2 lain malah negara yang tak pernah tahu pun wujud sebelum ni (huh maaflah). Mengenali bahasa, budaya dan pemikiran mereka.

Tapi dalam banyak2 negara, mereka lebih tertarik untuk mengetahui negara Malaysia (bukan nak perasan tapi hakikatnya begitulah. So marilah berbangga sikit. Eh). Mungkin kerana variety makanannya, bangsanya, atau mungkin kerana kemajuannya, atau rakyatnya, atau pemimpinnya...hmm.

Mereka selalu memuji Malaysian kerana sopan dan beradab (tak tahulah sebab diorang tengok saya keee? Haha k gurau) tapi kalau nak dibandingkan, biasanya, pelajar kat Malaysia, nak bagitahu waktu dah habis kat guru pun rasa bersalah, nak kemas beg sebelum habis waktu pun rasa bersalah, nak keluar kelas sebelum guru keluar pun rasa bersalah, nak keluar kelas tanpa izin pun rasa bersalah, sampai nak tanya dalam kelas bila tak faham pun rasa bersalah (eh?) ha, tapi tidur dan makan senyap2 dalam kelas tak rasa bersalah sangat (uhuk). Tapi banyak je yang bersalah tak kena tempat sebenarnya.

Kalau pelajar lain, rilek je buat semua tu.

Oh dan mereka sangat mengagumi Malaysia kerana sejak merdeka hingga sekarang, banyak kemajuan yang telah dicapai. Terutama dari sudut pembanggunan. Malah Malaysia juga dipuji kerana merupakan negara islam yang maju dan membangun yang boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah (tiba2 teringat karangan bm waktu spm sebab ayat ni macam wah gitu) dengan negara2 omputeh yang maju.

Pernah seorang classmate dari Gambia bertanya
"Saya sangat suka negara Malaysia. Saya ikut perkembangan negara ni. Sejak merdeka, banyak kemajuan yang dicapai. Hana, macam mana Malaysia lakukannya?"
(Bila translate jadi skema pulak ayatnya. Haha)

Dalam hati "alamak sejarah spm A tapi tak pernah nk menghayati pulak jatuh bangun negara ni sampai jadi maju. Dan tak sedar sebenanrya negara ni nampak maju. Uhuk. Sebab sebelum ni terkongkong dengan pelbagai masalah2 dalam negara"

"Hmm yang tu kena tanya PM kami lah kot, saya ni rakyat je"  *senyum tawar*

Tapi kalau boleh nak jawab "sebab duit rakyatlah negara ni maju" ups.

İndar khabar dari rupa. Nampak maju dan membangun, tapi hakikatnya kita penduduk negara tercinta ini yang tahu. Uhuk.

Tapi insyaAllah Malaysia kini menuju negara rahmah. Banyak je sebenarnya perubahan2 yang positif dilakukan. Ramai masyarakat yang dah sedar untuk menjadikan negara Malaysia kearah yg lebih baik dn harmoni dari dalam dan luarnya. Setiap individu dan masyarakat kini sedar akan kepentingan membaiki diri sendiri dalam menjadikan negara ini lebih aman dan makmur dan seterusnya menyumbang untuk kebaikan negara yang dicintai ini. (K ayat karangn)

(Tak tahulah tapi sejak duduk luar negara ni, rasa cinta akan negara tu baru wujud. Huhu. Dalam menjadikan negara yang lebih baik insyaAllah)

En son, being the only asian girl in the class, harapnya saya dapat mempamerkan imej yang baik as a muslim Malaysian and Asian ;)

*maaflah atas tatabahasa yang agak terabai. Sebulan di negara orang telah sedikit sebanyak menghakis bahasa melayu saya. Certain words tu kadang ambik masa nak ingat balik. (Hahah. Maaflah)

Sekian dari rakyat yang terpisah 12 jam jarak perjalanan kapal terbang, dari negara asalnya.

0 comment: