Sunday, 29 November 2015

Masyarakat turki


Bismillah

Tak tahu ek, lepas belajar luar negara ni, makin rajin nak aktif dengan media sosial. Bukan apa, sebab ni jelah satu2 nya wasilah nak berhubung dengan orang2 kat Malaysia sana (di samping doa tak lupa. Eheh). Dan kat blog ni lah tempat nak cerita pengalaman. Sebab tempat ana duduk ni ana sorang je Malaysian. Sedih tak sedih? Haaaa. Memang berkarat lah bahasa ibunda yang tercinta ni eceh. So nak pastikan tak luput bahasa melayu dari dalam diri, marilah bermonolog sendiri kat blog. Walau takde orang baca takpelah.

And no wonder lah kenapa ada je yang bila belajar luar negara, akan berubah, mudah terpengaruh. Tak kisahlah ke arah yang baik mahupun sebaliknya. Sebab takde orang nak pantau, nak tegur, nak bimbing, nak ambil kisah. Dan biah memang takyah cakap lah. Beza sangat.

Sebabtulah pentingnya kita kena cari orang2 baik, yang setiap minggu boleh reflect diri kita. Supaya tak tersasar. Gituu. Sebab akhirnya manusia tu tetap manusia. Iman yazid yanqus.

Oh sebenarnya ada je Malaysian jarak 1/2 jam dari tempat tinggal ana, 4 orang. Tu jelah. Yang lain semua negeri lain. Kat sini bahasa yang banyak digunakan ialah, english, indonezyaca, türkçe, arapça dannn malayca. Ahah. Mana tak belit lidah.

sebenarnya nak share, perkara yang agak menarik lah yang ana perhatikan selama sebulan setengah kat Turki. Certain perkara yang kurang ada dalam kalangan rakyat kita. Mungkin kita boleh ambik ibrah lah sesama.

1. Tasbih di tangan

kebiasaannya, kalau kita jalan di bandar atau kat mane je lah tempat kat turki ni, maka mesti jumpa segelintir masyarakat mereka yang ada tasbih kat tangan. Dan kebiaasannya laki lah. tunggu bas, dalam metro, berzikir.

Ada satu situasi ni agak nak ketawa pun ada jugak ahah. Ternampak laki ni, tengah tunggu bas tak silap. Tangan kirinya memegang tasbih. alhamdulillah ..mahupun tangan kanan, tengah isap rokok.
 Eh pakcik ni, baik buruk mana jalan seiring. Ahah.

Oh ye tasbih ditangan bukanlah kayu ukur seseorang tu berzikir atau tidak.

Kan?

2. Solat rawatib

MasyaAllah qawiy nya anti buat solat rawatib.

Rawatib di Malaysia kebiasaanya diamalkan oleh golongan atok nenek dan golongan yang dah turut serta dengan bulatan2 gembira gittuw.
Tapi kat sini, rasanya dah jadi macam perkara wajib dah setiap kali lepas solat. Setakat ni tak pernah lagi lah nampak diorang tak solat rawatib, tak kisahlah kat mana pun, orang tu mcm mana pun, umur brp pun (budak2 terkecuali) tak pakai tudung ke, tapi solat rawatib adalah satu yang lazim untuk diorang.

3. Beri tempat duduk

Kagum bagaimana 'hormati yang tua, sayangi yang muda' menjadi tabiat mereka. Dalam bas dan metro, kalau nampak orang tua je cepat2 bangun bagi tempat duduk. Walaupun org tua tu jauh dari tempat duduk dia. Sampaikan kengkadang, berebut 2 orang bangun nak bagi tempat duduk.

Kalau kat malaysia eh waktu penumpang lain masuk lah tiba2 rasa ngantuk nak tidur. tiba2 rasa nak 'merenung ke luar jendela~' buat2 tak nmpk org2 yang lebih memerlukan tmpt ddk. But yah, tak semua.

Juga situasi yang menarik di turki, sorang pemuda ni duduk dalam bas, dan sebelahnya ada satu kosong. Pastu penumpang2 baru masuk. Ada sorang ni bertudung, baru naik bas. Tapi takde tempat duduk, melainkan kerusi sebelah laki tadi. Jadi dia pun tak jadi duduk. Maka, lelaki tu pun bangun, dan berdiri. Perempuan tu pun duduklah kat kerusi tu.
(Awat tak menarik langsung susunan ceritanya. Haha)

Dan saya bayangkan kalau kat Malaysia, mesti dah macam "ohhhhh gentlemannyeee". Tapi kat sini, tu perkara biasa. Tak heran.

4. Ucapan

Di universiti mahupun di dorm, pelajar dan pekerja seolah berlumba siapa yang akan menegur dahulu. Masing2 nak menyapa 'gunaydın' 'merhaba' 'nasılsın' iyi misin' dan lain lagi.

Dan banyak ucapan2 menarik yang wujud. Contohnya 'kolay gelsin' (moga dimudahkan urusan) yang digunakan setiap kali selepas berurusan dengan seseorg. juga ucapan 'Allah kabul etsin' (may He accepts your prayer) setiap kali lepas org selesai solat. Diucapkan kepada sesiapa sahaja, walaupun tak kenal. Menarik bukan?

5. Kisah sikit. Alang-alang dah rasa bosan tu.

Suatu hari, angin bertiup kencang, habuk-habuk masuk mata. Tubuh rasa nak melayang. Gigih nak buka mata, untuk melihat nombor bas yang lalu di stesen bas tersebut. Takut-takut tertinggal bas untuk pulang ke dorm. Hari makin gelap, pukul 5 petang seolah pukul 9 malam.

Tiba2 ada seorang nenek tua lalu dihadapanku. Kemas bertudung litup bercorak turki *ok takdelah kemas sgt. Tiba-tiba dari jauh datang seseorang menarik tudung nenek tadi dari belakang.

Apa kes???

Sebenarnya angin terlalu kuat, telah membuat tudung nenek tu terangkat sikit menampakkan auratnya. So orang tadi cepat2 tolong tutupkan. Walhal dia sendiri tak memakai tudung.

Fuh?


6. Yabancı (foreigner)

Kalau berjalan seorang, dan kekadang ditegur oleh orang Turki. Kagum diorang, kalau boleh bercakap bahasa turki. Even benda basic je pun.

Lagi2 kalau ditegur oleh pakcik makcik yang dah berumur, lepas lama berborak, dan biasanya diaorang akan ingat ana ni 15 tahun. Haish. Tapi sebelum beredar, eh dihulurnya duit pulak. Uhuk uhuk.
 Moga Allah mengganjari mereka :)


8. Cok guzel

Ni cuma perkataan paling famous kat turki. Hahah

Çok güzel : very nice

:D

Ni lah antara 8 perkara yang diperhati sepanjang hidup sini. Moga banyak lagi lah kebaikan yang dapat diteladani kelak.

Yang buruk2 tu kita simpan dalam memori jelah kan. Ambik ibrah jugak supaya tak terbuat yang buruk2 tu. Hoho

Jalan-jalan negara orang tu jangan nak ambik gambar lawa-lawa je untuk memori. Boleh, malah ana pun selalu buat. Tapi ambil sekali teladan yang lawa-lawa untuk dicontohi. Dan pengajaran untuk diteladani :)

Buka mata, buka hati.


0 comment: