Sunday, 9 March 2014

penggoncang dunia !

bismillah


sudah lebih seminggu kami meninggalkan bumi Padang.
andai dalam poket ada sejumlah wang, ingin sekali pergi ke sana semula.
merasai ruhi mereka disana. menghayati jiwa jiwa penggoncang dunia.

di sana kami belajar, penggoncang dunia itu, mengalirnya HAMMASAH dalam jiwa mereka.
hammasah mereka bukan setakat perancangan dan kata2 semata, tapi perlaksanaan.
hammasah mereka bukan sekadar waktu program saja, tapi amal harian.

di sana kami belajar, tak akan rasa manisnya tarbiyyah kalau tak bersusah payah, kalau takde penat lelah,
yang namanya penggoncang dunia tu bukan yang bermalasan dan suka mencari alasan.
semuanya perlu berkorban.

di sana kami belajar, penggoncang dunia tu kena sentiasa bersedia.
sedia dengan segala tentangan ujian mihnah yang hadir tak ikut masa.
sedia rohani jasmani fizikal dan mental.

di sana kami belajar, bila berjanji kena sentiasa tepati. terutama harisun ala waqtihi.
jangan ikut 'janji melayu' tapi sama2 praktikkan 'janji muslim' dalam diri.

di sana kami belajar, alquran bukan hanya dibaca lepas maghrib sahaja. atau bila rasa sesak di dada.
tapi dibaca pada setiap waktu yang ada. daripada mengisi masa dengan perkara sia-sia,
lebih baik buka al-quran dan baca.

dan di sana kami belajar, kalau nak jadi penggoncang dunia,
jahiliyah perlu ditalak tiga.

dari mana mereka mempelajari semua ni??
 pastinya kerana mereka yakin bahawa
51:56 dan 2:30
tak memerlukan jiwa yang kosong dan hati yang hitam.
itu. benda 'two'



 tulisan ini untuk teguran dan peringatan diri sendiri sebenarnya.
 dan mengingatkan yang lain juga.
sbb manusia memang cepat alpa, sebab tu kita perlu bergerak bersama!
sebab syurga tu luas untuk kita semua.

tanak mati sia sia.

0 comment: