Saturday, 15 December 2012

Xpert

Assalamualaikum
kesuluruhan team Johor bersama Abang Deen :)

Xpert [xpedisi pemimpin remaja tahan lasak] adalah program sambungan xrek seperti yang diceritakan dalam post dulu kala.
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang telah merancang dengan sebaik-baik perancang.

2 minggu lepas....zasssss

"akak, nak daftar untuk xpert. ni no IC ......-..-...."

"maaf, tapi Johor tak hantar team ke Xpert atas sebab2 yang telah disepakati"

whaaaattttt?? kok bisa gitu sih. this is so unfair :|

okay. relax, breathe in..breathe out..huhhh
hasil perbincangan dengan rakan2, disepakati untuk menguruskan sendiri perjalanan ke xpert. tambang, fesi, segalanya lah. tapi, bila bincang balik, ini bukan perkara main-main. tempat yang dituju bukan ibarat jauhnya mata dan bulu kening tapi seperti jauhnya rambut dan tapak kaki. fuh. tempatnya, jauh nun di Terengganu..

so, bila bincang-bincang balik, tanya orang atasan semua..keputusannya...tak dapat pergi :(
ok, akur jelah. terima je keputusan syura..

beberapa hari kemudian...

"salam hana, nak pergi xpert tak?"

"wsalam, ha? xpert?"

"haah. tapi boleh 4 orang je, nak tak?"

"nakkkkkkk!"

akhirnya, dapat juga pergi xpert dengan tumpangkan diri dengan budak Muar walaupun ada sedikit masalah  sampai membuatkan rasa guilty hingga ke hari ini :( hmmmmm. everything happens for a reason kan?

so, here we begin our journey..

JOHOR :)

Day 1

sakit kaki ditahan sepanjang 7 jam dalam perjalanan dalam kereta ke Terennganu. serius kaki sakit sebab sempit sikit dalam kereta. ok, sampai Terengganu di Sekolah Al-Amin Kemaman. daftar2 semua then berkumpul. mula2 sesi bersama Abang Deen. best sangat! belajar tarian lagu opick-shollu ala Muhammad, hai sahabat dan gelombang kehidupan. haha. lawak betul tarian dia, tapi series lagu2 ni yang jadi kenangan sampai sekarang. kat rumah bukak lagu tu pastu buat gaya sorang2. haha. I'm sure every xpert-ian does.

 abang deen tengah ajar gaya

 main game 3s

 game 2

game 3, telefon karat

first activity called KAIS PAGI KAIS PETANG .kott.hehe

aktiviti ni ditugaskan untuk cari duit di sekitar bandar Kemaman'g'. at least RM 150 untung bersih. owh itu banyak. team kiteorang buat servis sambil jual. servis tu kononnya macam bersihkan rumah, basuh kereta, tolong jual kt restoran whatsoever. pastu dapat duit. serious I wanna tell, its not easy. datang rumah orang ketuk2, bukan senang. ada yang tak layan macam ingatkan kiteorang ni salesman gitu. erghh..

centre point, kemaman


kumpulan Johor team A :) tapi ana team B sebenarnya. sesat.

pergi rumah ke rumah...

ada sekali tu kiteorang datang satu rumah ni. mula2 dia kasi masuk pagar. orang tu tengah cucuk satey depan pintu. pastu kiteorang terangkanlah bla2 pastu tugasan bla2 pastu tanya boleh tak? tapi tuan rumah tu tak jawab apa2 pun. dia senyap je sambil teruskan buat kerja dia. tak layaan pun kiteorang dekat situ. memang KRIK KRIK betul lah. so, kiteorang pergi je. sedih betul hati :(  sabar itu indah*

jual buku, badge, macam2 lagi

tapi kebanyakan rumah yang kiteorang minta servis, diorang tak suruh buat kerja pun just bagi duit je.
Alhamdulillah, hasil untung bersih dapatlah RM 170 lebih. hehe

malam tu ada perkongsian tentang aktiviti tadi.

Day 2

yeah. hari ke 2!


harini aktiviti bersama keluarga angkat.
setiap kumpulan dapat keluarga angkat masing2. tapi mereka bukan dari golongan yang berada lah. fahamkan? okey. mula2 jumpa tu, biasalah awkward sangat. cakap sepatah2 macam takde idea nak berbual apa. actually, I should called her 'IBU' tapi first2 tu asyik terpanggil 'makcik' je. hehe. tapi lama2 lidah dah dapat menyesuaikan diri :)

lepastu pergi tempat orang2 istimewa. best sangat tengok kerenah diorang.
Alhamdulillah. rasa syukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan.


persembahan

pastu pergi rumah keluarga angkat tu balik. makan2 semua, berbual2-bual pastu main kat luar.
ahhhh nikmat betul main kat luar rumah lagi2 kat kampung. udara fresh, takde kenderaan mengacau, banyak kawan..memang nikmat lah. ibarat orang asli dapat unifi :D

mula2 main basikal. pastu nampak motor naik motor pulak. pastu nampak racket main pulak badminton. bila dah penat makan ais krim. pastu pergi sungai. seriesli JAKUN. macam first time jumpa. tapi Alhamdulillah cuaca pun elok. tak hujan langsung walaupun sekarang musim hujan. :)


main badminton


malam pulak ada perkongsian dari Walid. Walid ni dia pernah pergi Gaza. jadi dia ceritakanlah pengalaman dia kat sana. teruja, rasa macam nak pergi juga. insyaAllah :)


Day 3

so, tidak sempurna lah sesebuah camp andai tak ada explorace, kan?
jadi, bermulalah hari yang memenatkan dan meninggalkan belang di muka ini. sunburn ye kawan kawan :|

makan untuk tenaga sepanjang hari. yeah

checkpoint 1 - ibarat melihat jam guna jam digital. senang je kan? yeah. checkpoint 1 memang senang.
tugasannya ialah buat crossword puzzle! senang kan? tapi team ana antara yang lambat siap. ahaha. mungkin terlalu menikmati soalan yang diberikan. krik, abaikan.


checkpoint 2 - ibarat nak bergambar dengan perdana menteri. susah betul. tugasannya ialah, kena bergambar dengan beberapa orang awam di sana lebih kurang 10 golongan jugak laa. eg: guard, family, chinese, taxi driver, and so on. bukan senang nak bergambar. ada yang takut muka masuk surat khabar. haha. merepek. ada satu ni kena ambil gambar dengan tukang kasut. tapi ada sorang ni dia tanak ambil gambar langsung, dengan team lain pun tanak. so, kitorang kena pergi jumpa tukang kasut lagi satu. tapi dia jauh sangat. dia duduk berdekatan dengan checkpoint 3. can u imagine that? pergi jumpa tukang kasut yang jauh dekat checpoint 3 pastu kena patah balik ke checkpoint 2 untuk tunjukkan bukti gambar. pastu pergi balik ke tempat checkpoint 3 tadi. fuhhhhhhhhh. memang tak menguji kekuatan emosi dan jasmani langsung lah kan! takpe, kami remaja tahan lasak! ewah.

antara mangsa bergambar , pemandu teksi


checkpoint 3 - ibarat picit sabun yang dah nak habis. kita picit banyak2 kali tapi keluar seceot je. takpe, sabar itu indah :) ok, checkpoint ni dikehendaki untuk menemubual orang awam mengenai isu Palestin dan perlu dirakam perbualan tu. masalah kalau tak timbul tak sah.
1. umpama peribahasa tadi, kita tanya panjang2, mereka jawab satu patah je.
2. takut rakaman masuk tv XD
3. ragu2 dengan kejujuran kami
4. dan macam2 lagiii.......
yang lawaknya, ada satu 'brother' ni macam ingatkan kiteorang tak tahu apa2. pastu dia suruh kiteorang buat solat hajat, siap ajar lagi niat dan cara solat hajat. haha. layan je :)


walauapapun, berdasarkan pemerhatian ana, Alhamdulillah rakyat Malaysia tahu keadaan yang berlaku di sana. tahu apa yang perlu dilakukan. tapi mungkin kurang pengetahuan mendalam tentang isu sebenar dan kurang tindakan. mungkin juga kurang cakna dengan latest update. mungkin.....haish. terlalu banyak 'mungkin'. habis apa yang 'pasti' ??
yang 'pasti'nya, ini adalah peranan kita untuk menyampaikan dan menyebarluaskan berita2 hangat yang berlaku di sana. dan berusaha sedaya upaya untuk mengajak mereka berdoa dan memboikot. wokeh?

checkpoint 4 - ibarat bunga menarik perhatian serangga. checkpoint ni paling syok. why? because, kiteorang buat flashmob + busking + demonstrasi berkaitan Palestin. semua ni untuk menarik perhatian orang awam mengenai Palestin. flashmob  + busking tak berapa nak menarik perhatian sangat laa sebab pemilihan tempat yang tak ramai orang. macam syok sendiri je. tapi demonstrasi memang menarik perhatian. rasa izzah je bila jalan kat jalan raya sambil berlaung semangat jihad. Allahuakbar! :) sampai tercabut tali selipar. hehe


 hidup hidup Palestin!!

flashmob

malam ni ditugaskan buat video untuk sepanjang aktiviti kiteorang sebelum ni. sampai tak tidur malam buat ni. huh.

Day 4

hari penutup..dah penat nak taip.
cuma nak cakap, rindu xpert!
banyak yang dipelajari..
1. perlu pandai bergaul dengan masyarakat
2. cakna isu semasa
3. tahan lasak
4. perlu berkebolehan dalam IT
5. semua perlu lillah!
insyaAllah.

kesuluruhan akhawat :)

moga Allah berkati segalanya :)

0 comment: