Tuesday, 11 September 2012

masalah

jangan tiru aksi ini

wokeh, Assalamualaikum.. memang dah lama lah tak update blog. dan lagi sekali rasa terinsprasi nak menulis ni sebab baca blog orang lain yang syok. tapi sebelum membebel yang membuatkan anda rasa loya, ingin sekali mengucapkan, selamat hari raya! semoga dapat jumpa lagi Ramadhan tahun depan. selamat juga berpuasa 6 ye.

semenjak ada twitter , blog dan FB pula ditinggalkan. Tapi sejujurnya twitter takdelah se'best' mana pun. apa konklusinya bila ada twitter ni..dapat tahu lebih mendalam kehidupan, perasaan, masalah dan sifat sebenar seseorang. dan itu membuatkan saya tidak berapa nak suka twitter ni. sebab nanti macam emm macam emm ntah. tak tahu nak buat ayat apa. kuengkueng

tapi satu yang paling obvious sekali ialah orang suka meluahkan perasaan dan masalah di twitter dan seolah olah ingin menunjukkan pada seluruh dunia bahawa dia sedang sedih dan berhadapan dengan ujian. ok, itu mungkin salah satu cara dia release tension tapi...macam tak kena,, ke kena je? sedangkan, sebenarnya semua orang ada masalah tersendiri yang bezanya cara mereka mengawalnya dan meluahkan pada tempat yang betul bukan dengan mencicit [twitter]. lagi satu, cukuplah untuk sekadar meluah kepada Allah, kerana Dia sebaik-baik pendengar dan penolong. bukan?

pernah tak tengok orang yang macam takde masalah dalam hidup dia? tengok dia macam setiap masa senyum nampak gigi dia yang sedikit kekuningan. ceh. tak, sebenanrya nak cakap yang orangtu selalu bahagia dan tak sedih. sebenenya, orang tu pun ada masalah cuma dia tak tunjuk je.

ok, macamnilah, tips dari pengalaman ;D 
1. kalau masalah tu adalah disebabkan anda berasa malu yang macam bengang, cuba fikir, sebenarnya 5 minit lepastu orang lain dah tak ingat dah pasal benda tu [kalau kita tak ungkit laaa] paling lama pun sehari je. 
2. kalau masalah sebab sedih dan kecewa, cuba fikir, orang lain kat sana lagi dasyat masalh2 diorang kot. kita punya setakat macam 'tertinggal kalkulator waktu subjek BM' masalah kan? langsung tak mendatangkan masalh. mana ada orang guna kalkulator waktu subjek BM. unless nak kira markah periksa XD
3. kalau masalah sebab pasangan [note: saya takde pengalaman tentang ini] cuba fikir, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita yang dapat bimbing ke SuurgaNya :)
4. kalau lain2, cuba pergi kat sesoerang yang bersedia meluahkan perasaan, dan dengar masalah dia . nanti, kita akan merasa yang masalh kita lagi kecik dari masalah dia.

ok. apepun, jika ada masalah sebesar mana sekalipun, cuba untuk still senyum dihdapn orang lain. supaya kita nampak bahagia je. TAPI, jangan sombong untuk mengadu kepada ALLAH. ok? 

kerana yakinlah, ALLAH tidak akan membebani seseorang lebih dari kemampuannya. 

Anda Hebat! [terinspirasi tak? haha]

renung-renungkan. selamat beramal. La Tahzan :)

0 comment: