Tuesday, 12 June 2012

LEADeRs

wakil banat hidayah johor <3

Assalamualaikum :)
alhamdulillah dapat juga memanfaatkan cuti dua minggu haritu dengan mengikuti program Leaders! tersangatlah BEST! thumbs up! rugi kot kalau siapa yang tak pergi. ups sorry. ada hikmahnya setiap yang berlaku itu kan? Allah knows best :)

program ini berlangsung selama 3 hari dari 6 jun sehingga 8 jun di pulau pinang. memang tak jauh langsung ==' takpe, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengajaran :) subhanallah..aktiviti di sini semua bergerak dalam team negeri. ye! TEAM JOHOR! YEAAAHHH *trademark kami sambil mata ke atas tangan di bahu* lol. dan terserlah ke'assobiahan' kami. eh, taklah.. kesatuan lah. hmm baru betul. team johor banat seramai 11 dan banin 6 orang berserta 2 pengiring yang sporting dan enjoy. tak ubah macam peserta :D dan sejujurnya, sangatlah rindu team johor. rasa macam ukhuwah begitu terjalin. hmmm :')

hari pertama: tiba di Masjid Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pada pukul 7.45 pagi. seperti biasa, pendaftaran dan majlis perasmian oleh orang ikram PP. selepas tu ada pengenalan dengan fesi2 yang sangat best. mereka begitu mantap. pengarah program ialah abang Hafiz Bai, atau dikenali sebagai abang Bai..pastu  pastu ada beberapa games dan ceramah mengenai public speaking. rasa macam berani sikit kot cakap kat depan lepas dengar ceramah tu. hek hek :P malam tu diadakan karnival palestin atau KEMPAS [tak ingat singkatan untuk apa --' ] pastu setiap group kena buat booth masing2 dekat masjid tu. bertungkus-lumus lah kami buat. akhirnya berjaya jugak. kerjasama dalam team Johor memang tak dapat dibendung lagi. huhu :)

kesuluruhan team johor selepas malam karnival :')

hari kedua: qiam jama'ie :) alhamdulillah..pastu tazkirah dari ustaz yang sporting, tak tahu nama dia sebab terlelap.. heheee tapi serious best dia ceramah! tak tipu..pagi tu ada aktiviti untuk menjual hanger. hanger tu kena cakap kelebihan dia apa, pastu fesi akan beli mengikut tahap dia laa. dan 'duit' tu akan digunakan waktu explorace. explorace..

semasa explorace, terdapat kejadian yang sungguh sedih dan memang tak boleh dilupakan, :'(
semasa sampai di tepi pantai , kami mengambil gambar dan menikmati pemandangan pantai yang begitu indah dengan ombak yang memukul lembut..sedang banin berada di pinggir pantai, tiba2 ombak yang lembut tukar menjadi ganas dan besar sehingga menyebabkan beberapa orang banin terbawak air. beberapa orang berjaya diselamatkan tetapi ada salah seorang dari banin team kami, johor menemui ajalnya di situ. beliau lemas. innalillahiwainnaiaihiraji'un..orang kata, mati lemas adalah mati syahid, insyaAllah..insyaAllah beliau pergi dalam keadaan baik..dikhabarkan beliau sedang mengambil wudhu' di situ dan paggi sebelum tu kan kami telah melakukan qiam.. Ya Allah..semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba2Mu yang soleh :')
Al-Fatihah buat arwah Muaz b Mohd Narawi...

suasana gembira bertukar menjadi sedih..semua begitu 'shock' dan masih terngiang2 peristiwa tersebut yang berlaku di hadapan mata kami..maka, saat ini hanya kepada Allah tempat berserah..dan sahabat2lah yang saling menguatkan kerana saat itu kami, terutama team Johor banin, sangat down..tapi Alhamdulillah kami dapat mengharungi saat2 getir itu dengan sabar..malam tu solat jenazah buat arwah..

bila pula giliranku? moga aku mati dalam keadaan khusnul khatimah.ameen :')


walau apa pun yang berlaku, perjuangan masih diteruskan..kami, yang lain tetap meneruskan program leaders..seperti juga imam Hasan Al-Banna, beliau tetap meneruskan menyampaikan dakwah walaupun mendapat berita bahawa anaknya meninggal..

jadi malam tu, kami ditugaskan untuk menyiapkan presentation untuk dipersembahkan pada hari esok..alhamdulillah kami dapat siapkan..dan esoknya..15 minit sebelum mula presentation.,,team Johor banin  menanyakan kepada kami untuk minta idea. Ya Allah, kasihan,,mungkin malam tu fikiran mereka masih belum tenang..dan sebab inilah ukhuwah antara team johor sangat rapat kerana segalanya kami lalui bersama, saat sedih mahupun gembira..selepas selesai presentation, majlis penutup..alhamdulillah team johor banat no.1 dan banin no.2.. dan malamnya kami bertolak pulang ke Johor..

sungguh, sangat rindu dengan program leaders..moga ukhuwah yang terjalin kekal hingga ke syurga. :)

salam..

0 comment: