Sunday, 13 May 2012

ujian

hanya padaNya tempat mengadu :'(

Assalamualaikum w.b.t  maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan. selawat dan salam buat junjungan mulia, baginda Rasulullah s.a.w. 

ALLAH, ALLAH, terkedu terdiam saat mendengar salah seorang senior meninggal akibat accident [7 May lalu] walaupun tidak rapat dengan arwah. tapi ukhuwah sebagai saudara seislam yang membuatkan diri ini begitu sayu dan sedih mendengar berita itu. inna lillahi wainna ilaihi raji'un..

"sungguh kematian tidak mengira usia"
"al-fatihah untuk kak Hafizah"
"semoga keluarganya tabah"
"kematian adalah satu peringatan"

itulah kata-kata yang terpampar di corong corong FB di news feed.

Ya Allah, sungguhlah Allah mengambil nyawa hambanya tidak mengikut usia kerana kematian adalah sesuatu yang pasti, tak lambat walau satu detik pun. moga arwah kak Hafizah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang beriman. Allah lebih sayang akak..

Dan Allah tidak akan memberi ujian lebih dari kemampuan hamba itu sendiri. Ujian itu sebagai cinta Allah pada kita supaya kita sentiasa mengingatiNya. Apabila dilihatkan, keluarga arwah sangat tabah dengan berita ini. andailah ujian ini diberi pada diri ini. tak tahulah bagaimana keadaan diri. kecelaruan di sana sini. astaghfirullah.

Kadang-kadang terasa beruntung juga jika mati awal. bebaslah kita dari fitnah dan miknah dunia ini. terpeliharalah kita dari melakukan lebih banyak dosa. tapi jika mati pada usia tu, beruntung juga kerana kita mempunyai banyak masa untuk bertaubat atas dosa-dosa kita. Allah adalah sebaik-baik perancang :)

Tapi yang penting, sentiasalah semat pada doa kita agar mati dalam Khusnul Khatimah, pengakhiran yang baik kerana itulah impian setiap orang beriman. Ameen. 

Hanya Allah tempat kita mengadu segala masalah. tempat untuk mencurahkan segalanya kerana Allah itu sebaik-baik pendengar. Allah hanya akan berikan yang terbaik untuk hamba hambanya yang beriman. kerana itu percayalah dengan flow takdir tuhan ;) 

'semoga Allah berikan ketabahan buat keluarga arwah. yang pergi tetap pergi. nanti kita pula menyusul. yang penting sentiasalah berdoa dan terus berdoa. ujian itu tanda cinta ALLAH pada kita! bersyukurlah! :) '

*tahukah anda ucapan takziah?
"a'zomallahu ajraka, wahasana 'aza'aka, waghafara limaitika"
"semoga Allah memberi pahala yang besar, dan menghiburkan hatimu sebaik-baiknya dan mengampunkan ahli keluargamu yang meninggal"

-moga kita dapat bertemu di SyurgaNya kelak kerana pengakhiran orang beriman itu syurga tempatnya-

0 comment: