Tuesday, 29 May 2012

Mukhayam F4


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, baru balik dari mukhayam semalam, dari 250512 sampai 270512. fuh. penat tapi best! terima kasih ustaz ustazah, fesi2 , kak aminah farhana yang jadi fesi kump ana, kawan2, dan ribuan terima kasih dan kemaafan  buat kump hebat DIAMOND REBELS [kautsar,sajiah, farah nabilah, qurratu, nadarul, najah,ain sofea] best kump dengan korang! :)

day 1
mula2 macam biasa laa, angkut2 barang ke dalam bas, dan bertolak!
best waktu dalam bas tu sebab dapat duduk sorang2. hehe. puas tidur. lebih kurang 2 jam lebih jugak laa perjalanan. oh ye! kiteorang mukhayam dekat teluk gorek, tepi pantai kott. weee.
sampai2 tu dirikan khemah, masak. pastu paling sedih sekali, kump ana tersalah dirikan khemah, salah arah pintu. pastu kena tukar.  memang paling sedih sangat waktu tu, mula2 tu dah bertakbir dah bila dah siap dirikan. fuh fuh. pastu kiteorg tukar khemah waktu hirasah. 

malam tu ada pembentangan panji2 masing2. memang sciko habis lah time ni. ustaz ustazah semua memang nak berdebat pasal panji2 kiteorg. nasib baiklah dalam setiap kump tu ade pendebat2 sekolah yang mantap. memang sengit diorg lawan. kite yang bukan budak debat, tersenyum ketawe je laa kat tepi tu sambil buat muka macam tahu semua benda supaya ustaz ustzah tak tanya kat kiteorg. haha. kalau tidak, habislah...

pastu ada game, semua org kena tutup mata kecuali sorang dan sorang tu kena duduk atas kerusi dan mengarahkan orang lain untuk bergerak ke utara selatan timur barat untuk ambil 'mutiara' yang berserekan kat tepi pantai tu. tapi orang lain kena angkat kerusi yang diduduk oleh orang tu sambil bergerak..and i'm the one who sat on the chair and demand sana sini. hahaha. best tau. rasa macam raja. keh keh. 

malam tu lagi ada nightwalk. jalan berkumpulan sambil bawa lilin yang kena sentiasa menyala, fuh, pastu sampai kat tempat fesi2 kan, diorg nak baling belon air tau supaya lilin terpadam, sekali kena kat muka ana, terbaikkkkk :| 

day 2
bangun hirasah, kena robohkan khemah untuk betulkan balik. sekali tiba2 kena panggil dengan ustazah, ustazah kata nak bertolak ke gunung arung pagi tu pukul 3 am kot. pastu kena bawak semua keperluan untuk 1 hari 1 malam. dengan bahu yang berat membawa barang, dan kaki yang lenguh jalan ber kilo2 meter sambil hidung yang menahan bau lepasan2 yang dibuat oleh lembu yang bertebaran di sepanjang perjalanan.. sangat perit ok! .. bila dah sampai kat tepi pantai ni, qiam di situ, dan kembali ke camp site. eh? balik campsite? laa buat penat je. ingatkan terus naik gunung arung..mungkin ustzh nak latihkan kiteorg sblm nak naik gunung arung kot. mungkin.

pastu pegi gunung arung, dan mendaki. yea! yea! suka, macam macam jadi, ada yang kejang, sesak nafas, putus semangat, tapi akhirnya semua berjaya sampai ke puncak, TAKBIR! Allahuakbar! pastu balik kena restas laut, tapi waktu tu air dah pasang. so kena tunggu.. tidurlah dekat atas batu2 besar kat tepi pantai. nikmat betul :)) bila air surut sikit baru balik, mandi2 masak2.

malam ada war game!! best sangat. tapi lebih dari separuh orang tak main sebab sakit. banyak kan? takpelah, tak kisah pun..mula2 sebelum main tu memang kelam kabut sangat. strategi pun tak terancang, bila main tu rasa macam perang betul lah. ustazah suruh bayangkan kita sebagai pihak palestin dan kump lagi satu sebagai pihak zionis. ana bayangkan betul2 diorang tu jahat. supaya ada feeelll gitu. start main tu masing2 takut nak menyerbu, pastu ana apa lagi. masuk je kawasan pihak lawan terus bunuh komandor dengan army diorang. pastu lama tu kena bunuh. sob2. tapi time main tu ade salah information sikit so permainan jadi kelam kabut. memang syok lah time main tu. semua orang beremosi. last2 kump lagi satu tu yang menang tapi tak rasa dikalahkan pun sebab dah salah information awal2 tu so permainan jadi tak adil. tapi lepas dah habis game tu kiteorang takdelah sambung gaduh-gaduh. berdamai...

day 3
qiam. pastu ada pertandingan based. lagi robohkan khemah. pastu majlis penutup. ngantuk tak agak -.-'
tapi alhamdulillah dapat no.2 tak sangka sebenarnya. hehe. lepastu majlis penutup, kiteorang kena marah2 dan denda. ahhhh,, biaselaatu. pastu makan pastu balik. huh. 

objektif mukhayam ni adalah supaya..kiteorang lebih berkempimpinan dan matang. hehe..
salam!

0 comment: