Friday, 4 May 2012

exam

*gambar hiasan

Assalamualaikum :D
huh huh. takut. seperti yang semua tahu, sekarang ni minggu exam, dan insyaAllah minggu depan start. seriesli rasa macam tanak ambil periksa je. biasa la kan, study suka last minute, memang tak bagus langsung tapi nak buat macam mana, kesedaran nak exam datang lambat, so lambat lah preparation nya. sejak kebelakangan ni, atau lebih tepat, tahun ni, dalam kelas memang susah nak fokus lagi lagi kalau ngantuk. peh. memang curi curi masa je nak tidur tu kan. kalau paling ok pun curi curi makan. bukan setakat gula gula je, nasi pun sama -haha kenangan. heish. itulah kehidupan pelajar. kadang kadang, bila guru ajar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. fikiran ntah dah ke mana. pastu balik balik tak faham. pastu stress tak pasal pasal. astaghfirullah.
[bebelan panjang]

Dan ana sangatlah tabik spring tengok orang yang dah study 2 minggu sebelum periksa pastu buat segala buku latihan. ntah dari mana diorang dapat spirit tersebut. fuh. ana selalunya malam sebelum exam tu baru study - ceh, bajet hebat sangat lah. result tak gempak powwwnn.. takpelah pengajaran untuk diri sendiri :|
tapi kadang kadang sesetengah orang usaha macam WOW tapi takde kebergantugan pada Allah. sombong namanya tu. Dan ada juga orang yang usaha macam BLEK tapi doa sungguh sungguh. apa kena tu? tak patut. usaha biarlah seiring dengan doa dan TAWAKKAL. supaya kita rasa redha je semua.. insyaAllah. kadang kadang kita sedih bila dapat result yang agak mengecewakan. betul tak? tapi percayalah, benda tu yang akan membuat kita lebih bersemangat untuk menjadi lebih baik pada masa yang akan datang. sebab kata orang.. Kegagalan Adalah Permulaan Untuk Capai Kejayaan! dan sebenarnya kejayaan seseorang itu 90% adalah dari sikapnya. ilmu hanya 5% dan strategi juga 5%. so, faham fahamlah ye.

Pastu bila time periksa semua orang gelabah gelabah. kelakar laa. guru dah nak bagi kertas, masih nak tanya soalan kat kawan. hehe. paling sedih sekali bila dah siap awal pastu kena tunggu lagi setengah atau satu jam untuk habis masa. nak tidur tak boleh. terpaksa main alat tulis. haha. bila dah kutip kertas, bising bising bincang jawapan. ntah pape. Pastu bila dah dapat result semua nak mohon 1 markah dari guru. biasalaatu~

hidup seorang pelajar memang begitu :) ....lawak kan? [ha . ha]

tips:
1. minta maaf kat semua
2. minta doa dari ibu ayah
3. ikhlaskan niat waktu study
4. qiam + puasa
5. baca rabbi yassir wala tu'assir
6. selawat
7. tawakal

good luck everyone! bitaufiq wannajah fi imtihanakum!
salam :)

0 comment: