Sunday, 8 April 2012

Sahabat :)


Assalamualaikum :)alhamdulillah , masih lagi berkesempatan untuk menyedut oksigen hari ini. sniff sniff. haaahh...
alhamulillah juga kerana telah berjaya menjayakan ihtifal sekolah tadi 080412. fuh. penat . tapi seronok sebab dapat jumpa dengan kawan kawan lama . ukhuwwah tu manis kan? lagi lagi bila bertaut keranaNya :) gambar di atas tu adalah banat batch 15. comel tak? hehe . semua tu dapat hadiah PMR. terer [angkat kening sebelah]

kawan tu adalah cermin diri kita, kalau dia baik, kita pun baik, dan sebaliknya . mereka sangatlah berpengaruh . jadi, kena hati2 pilih kawan okay? batch 15 tu adalah kawan terbaik saya! uhibbukum fillah !

Yang paling penting bila berkawan ialah? ye! betul! bersangka baik [husnuzon] memang bila bersahabat akan ada sedikit kesalahfahaman dan pergaduhan kecil kecilan . jadi kita kena bersangka baik dengan dia. supaya tak putus sillaturrahim, tak tegur lebih 3 hari kan berdosa? so, jagalah hati kawankawan ye. moga sahabat yang kita kawan sekarang dapat membimbing kita ke syurgaNya dan menarik kita andai kita hampir tenggelincir ke neraka [na'uzubillah]. :)


Ada satu kisah ni pasal sahabat, nak tahu? Baik sediakan sekotak tisu sebab cerita ni melankolik tahu!
Ok, kisahnya bermula begini .bunyi music latar.
Terdapat 2 orang sahabat. Ups salah. Mereka bukan sahabat tapi musuh yang setiap hari bergaduh di sekolah.
SETIAP HARI Tanpa kenal erti jemu bosan dan boring. Mereka gaduh bukan gaduh biasa. Boleh dikategorikan kes buli juga.
Saban hari mereka bergaduh, tiba tiba pada suatu hari. Bunyi music latar yang menaikkan bulu roma anda .
Salah seorang dari mereka atau lebih dikenali sebagai mangsa pembuli tidak hadir sekolah . si pembuli tunggu dengan sabarnya [ sabar itu kan separuh dari iman] 'sahabat'nya itu untuk dia mengenyangkan tangan untuk menumbuk. Yeah. Tapi lama kelamaan tidak nampak pun kelopak mata 'kawan'nya itu. Lalu dia pun mengenal erti bosan. Disebabkan terasa bosan syadid sebab tak dapat nak bergaduh hari tu, maka dia pun membeli sebatang lollipop. Erk. Salahlah. Dia pun pergi ke rumah 'kawan'nya itu untuk menyelidik kenapa dia tidak datang , adakah telah bosan dibuli atau apa . Setelah tiba di rumahnya , dia mendapati rumahnya kosong tak berpenghuni. Dan muncullah jiran di sebelah " Anak ni datang mencari siapa?" tegur jiran yang telah beruban tersebut . " oh erm, nenek tahu tak mana keluarga ni pergi ?"
" oh mereka pergi balik kampung, satu satunya anak mereka telah menghadapi satu penyakit yang menyerang jantung dan kemungkinan besar tidak dapat diselamatkan lagi , anak ni kawannya ke? " . Mengangguk perlahan . " Nek, boleh berikan saya alamat kampungnya?" . "sebentar ye nak" . Masuk ke dalam rumah dan keluar dengan sekeping kertas yang tertulis alamat. "terima kasih Nek" .
Bila membelek kertas tersebut, dia mendapati kampungnya terletak jauh di utara Malaysia sedangkan dia sekarang berada di Johor . Pada mulanya, dia mencari 'kawan'nya itu kerana rindu untuk bergaduh, tetapi sekarang dia bernekad untuk membeli ticket bas ke kampung tersebut demi mencari kawannya itu. Kawan yang benar kawan. rasa bencinya selama ini betukar menjadi sayang keranaNya! Setelah berjam jam lamanya di dalam bas . Akhirnya sampai juga di kampung rakannya itu. Didapati ramai orang sedang berada di situ. "oh rupanya, Ada kenduri kahwin ke, " dia bermonolog sendirian. Tetapi anggapan tersebut ternyata salah. Wajah orang orang di situ bukanlah seperti mengadakan kenduri kahwin tetapi kenduri jenazah. Air matanya berlinangan laju. Dia segera mendapatkan jenazah tersebut yang telah terbujur kaku. Kaki dan tangannya seakan-akan kebas, air matanya tidak berhenti mengalir apabila mendapati jenazah tersebut adalah rakannya itu. "Allah" hanya itu yang mampu diucapkan. Dia pun mengiringi jenazah rakannya yang paling dikasihnya itu sehingga selesai dikebumikan. Tiba-tiba, seseorang menepuk bahunya, " Nak ni kawan arwah ke? Saya ni ayahnya". Dia pun mengangguk sambil mengesat
air mata . " semasa anak pakcik dalam keadaan tenat, dia ada menyebut ..Akan ada seorang pelajar sekolah yang masih mamakai baju sekolah akan datang untuk menziarahi jenazah adik, pasti . Ayah tolong berikan Surat ini kepadanya dan katakan bahawa adik sayang dia kerana Allah" . "pakcik mulamula hairan juga apabila arwah berkata begitu, kerana setahu pakcik anak pakcik ni seorang yang tidak mempunyai kawan dan tidak siapa pun tahu tentang dirinya apatah lagi kampunya di mana.Cuma dia sering mengatakan ada seseorang yang selalu menggangunya setiap hari" Air matanya bertambah laju, terasa kesal apabila mengenangkan sikapnya terhadap kawan kesayangannya itu. Tetapi kawannya itu tidak pernah mengadu atau berasa marah walaupun dibuli dengan teruk. Pakcik tersebut menyerahkan Surat tersebut. Dia membukanya perlahan..

" sahabat yang ku sayangi, walaupun sahabat sentiasa membuli saya, tapi saya sentiasa sabar, kerana saya sayang sahabat, tiada orang lain seperti sahabat yang setia mencari saya setiap hari yang mungkin pada pendapat sahabat adalah untuk membuli. Tiada orang lain seperti sahabat yang sentiasa bertanya tentang perkembangan saya yang mungkin pada pendapat sahabat untuk diejek dan ditertawa. Tiada orang lain seperti sahabat yang mengetahui alamat rumah saya yang mungkin pada pendapat sahabat supaya mudah sahabat mencari saya untuk dibuli ketika berasa bosan. Tetapi pendapat sahabat berbeza dengan pendapat saya . Saya menganggap semua itu akan lebih merapatkan ukhuwah kita, mungkin tidak sekarang tapi suatu hari nanti. Saya selalu berdoa agar sahabat menjadi sahabat saya dunia akhirat . Walaupun tidak sempat di dunia, tapi mungkin di akhirat. Andai ada diantara kita yang tergelincir ke naraka, tariklah tangannya dan kita sama-sama menuju ke syurga. Ameen. Ingatlah saya selalu dalam doa sahabat. Uhibbuka fillah"

Dia menutup surat itu. Sedarlah dia bahawa itulah sahabatnya dunia akhirat. "uhibbuka fillah aidhon" :)

Tamat. Fuh. Ambillah iktibar dari kisah ini. Penat tau memerah otak mereka ayat. ceh. bukannya bombastic sangat pun ayat :p

sahabat, hargailah kawan kita selama mereka ada, bila takde nanti baru terasa kehangatan ukhuwah tu :')

"many people walk in and out through my life. but friends, you left your footprints on mine"

0 comment: