Sunday, 22 April 2012

"awak, awak, kite kan.."

ini kawan comel bulatan gembira saya! [dua orang takde]

Fuh. Assalamualaikum!
rasa macam kosong jiwa setelah seminggu takde Internet plus tv di rumah. Itu sebab guruh haritu. Ok mungkin ada hikmahnya supaya tak buang masa depan laptop je sedangkan periksa nak dekat. Oh tidak. Tapi cuba bayangkan seminggu tanpa isu semasa dan tiada informasi tentang apaapa. astaghfirullah. Tak boleh macam tu! Bukan mukmin namanya kalau bosan dengan hidup. Tapi seriously, kat rumah haritu macam bosan sikitlaa. Hehe. Bila takde kerja, pergi dekat kucing pastu berbual mesra. Oh manis. Ok pasti ramai tertanya, err, apa kaitan tajuk post ni dengan bebelan segala bagai ni?

Oh eh. Maaf sebenarnya memang takde kaitan. Itu cuma intro semata setakat nak meluahkan perasaan . Uhuk.

Nowadays, bila tengok diri ni kan macam asyik cakap AWAK KITE. Dulu time sek ren penuh izzah bila berbual dengan kawankawan pastu bahasakan diri guna bahasa Arab ANA ANTI tapi entah hilang kemana perkataan manis tu. semalam, pergi satu program bersama rakanrakan comel saya. Mereka banyak membimbing saya. Dan kami pun perasan bahawa kami selalu guna AWAK KITE. Jadi kami buat satu permainan, di mana kami kena berbual menggunakan ANA ANTI. Dan siapa cakap KITE AWAK sebanyak 5 Kali, Akan kena bagi tazkirah selama 5 Minit. Ok. Terkedu. terdiam membisu saya dibuatnya, yelaa nak praktikkan benda yang dah lama ditinggalkan bukan senang macam kacang rebus. Kadang kadang terselit juga perkataan KITE AWAK. tetapi buat muka innocent macam comel supaya tak disedari. Haha.

Dan saya Bertekad nak kembali semula menggunakan katakata manis ini, ANA ANTI. Mungkin Tidak dalam blog lah.
Dan mungkin bila berbicara akan juga tersasul perkataan KITE AWAK. Tapi practice kan makes perfect. an an an?

Ok. Assalamualaikum .

"anti, anti, ana kan.."

0 comment: