Monday, 30 April 2012

3 hari 2 malam

Assalaualaikum! 
berdasarkan tajuk post ni, 3 hari 2 malam, ana nak kongsikan kepada anda tentang program2 yang ana dah pergi, silalah berasa terhibur ~

XREK
semua peserta pompuan


 Buat pengetahuan semua, xrek ni atau lebih specific xpedisi remaja kental adalah program yang bergabung 1 Malaysia. dan kami adalah generasi ke 7. yeah!! emm, best lah jugak cuma dia macam mukhayyam sikit
--' tp masak boleh guna stove :D dan waktu kat sini ada satu pengalaman yang memang terbaiklah! thumbs up! kesannya masih ada sampai sekarang. hebat tak? :D nak tahu? nak? nak? ok!

Ada satu malam tu kan, ada night walk tau, dan waktu tu hujan tersangatlah lebat. dan tempat tu terkenal dengan pacat . ok, dah boleh agak? ye! ana kena gigit pacat :0 fyi, ana ni memang paling tak boleh dengan binatang yang geli geliman macam tu [setiap org ada kelemahan :p] mula2 tu, kawan ana kena tau, pastu dia jerit2 tapi tak kuat laa. pastu ana pun terus masukkan tangan dalam tudung pastu hentak2 kaki supaya pacat tak naik. [macam kawad laa jugak ] sekali tibatiba terasa macam tajam kat tangan, tengok-tengok...

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa [jerit dalam hati je sebab takut kena marah. malu itu perlu!] ada pacat kat tangan tapi kecik je, kecik sangat. pastu panggil fesi suruh cabut, tapi dia kata pacat tu dah melekat. nak taknak, terpaksa biarkan je kat tangan. *istighfar* rasa macam nak putuskan tangan waktu tu jugak. peh . hanya Allah yang tahu. memang taknak ngaku tu tangan ana. yek. lama2 kan, pacat tu semakin membesar, uh uh. nak nangis. orang lain semua berkurumun, cakap " eh comelnya, " "gemoknye" "eee, dia membesar" ok. stop it. memang tak sanggup nak dengar semua ayat2 tu. oh! dan, bila ana tengok first2 tu kan, lepastu ana dah tak tengok langsung dah. langsung! bila sampai camp site, terus letak garam, dan pacat yang chubby tu pun jatuh. fuh babai. ana namakan dia popo. hehe. kenangan~

 EXCITE
peserta perempuan


EXpedisi Ikram TEens Johor, ok, ni camp paling best kot setakat ini, yea yea. alhamdulillah!`camp ni sangatlah santai dan seronok, mula2 tu kiteorang naik train untuk pergi ke tempat camp tu. dan train tu bukan yang first class tapi yang sesak sampai kena diri! sangat best, dan kami diberi tugasan untuk memperkenalkan IKRAM dan bagi badge pada masyarakat dalam train tu! best sangat. pastu ana ada jumpa sorang bibik ni, berbual2 pastu dia meluahkan perasaan pada ana, dia kata dia rindu ana dia yang basar lebih kurang dengan ana kat thailand tu, pastu dia pegang je tangan ana, tanak lepas2, ok, mungkin nak mengubat rindu. :| takpelah. 

Antara aktiviti kat sana, kiteorang nak flying fox, mandi sungai sambil belajar dan paling seronok, naik lori! pastu malam-malam ada BBQ dan persembahan..bila dengar lagu Mestica-mimpi yang indah je, mesti teringat Excite, rindu kawan2 baru yang jumpa kat sana :)


1000 JIWA 1 HATI
ahli kumpulan :)


1000 jiwa, bersama-sama berlari/berjogging dan bersatu sebagai 1 hati, acara siang ialah, berlari/jogging/jalan sama-sama. tak ingat berapa kilometer. pastu malam tu ada ceramah dari Ustaz Zahazan, Ustazah pilihan Firuz, konsert nasyid dari Shoutul Harakah, Aisyah, pastu ada pengacara TV, fedtri yahya, ally iskandar dan ardi herman [tv ahijrah] . :D

Gmj
Dah cerita dah pasal GMJ kat post sebelum ni. harap maklum

Salam :)

>experience is the best teacher<



0 comment: